Adakah Kita Berhenti?

Aku terasa kekok sedikit di Jerman ni. Biasanya kalau kat Moscow, susah sebenarnya nak lihat kenderaan berhenti di zebra crossing untuk memberi laluan kepada pelintas jalan kecuali kalau dalam kumpulan tu terdapat makcik tua atau awek. Kalau ikut bahasa kasar kawan-kawan aku, kalau takde p****t memang kereta ni semua tak berhenti punya. Memang ada sedikit kebenaran di situ.

Jakarta - menari di zebra crossing, mungkin sebagai awareness campaign..

Di Jerman, walau laju macam mana pun kereta tu, kalau sampai di zebra crossing pasti pemandunya akan berhenti kalau ternampak ada orang nak melintas jalan. Serius. Nak tutup mata sambil melintas jalan pun boleh sebab yakin takde orang nak langgar. Tapi kalau tutup mata nak lintas jalan seperti dalam video ni, memang sah-sah la kena langgar.

Persoalannya sekarang, adakah kita berhenti?

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

43 Comments

  • eiela

    25 July, 2011 at 2:49 pm

    banyak bezanya orang luar dengan Malaysia nih. orang Malaysia, kita melintas lagi dia laju ade. Kalau ada bumper pun sama, untuk yang betul-betul nak jaga kenderaan diorang je slow sikit pemanduan.

  • Megat Azfar

    23 July, 2011 at 7:30 am

    Hari tu ada jalan kat Shah Alam, tapi bukan zebra crossing sebab line warna kuning. eh? ke tu pun zebra crossing jugak? HAHA

    Tak kisah la.. tapi, rileks je aku lintas, kereta siap berenti lagi. Terasa nak joget-joget pulak kat situ.

    One thing, kita je yang tak pandai nak guna benda ni. Nak lintas main redah je…

  • Lizz

    23 July, 2011 at 7:28 am

    aku sampai sekarang tak percaya pun zebra road kat Malaysia ni. aku pergi uk,boleh pakai. aku pergi singapore pun boleh pakai. pergi mana2 negara lain pun boleh pakai tp bukan dekat malaysia.hahahahaha.

    kakak ipar aku dok uk 11 tahun, balik2 malaysia..dia ingat zebra road ni macam kat sana.sekali dia terkejut bila kete xstop!!!terus die kutuk habis2.hahahahaha. lawak aku tgk muke die time tuh

  • Nasih

    23 July, 2011 at 7:12 am

    ada satu kisah, yang berlaku kat kampus aku. seorang lecturer bangsa Eropah naik kereta, dan seorang lagi student local naik motor. bila sampai di zebra cross, ada student yang nak melintas. si lecturer ni macam biasa, bila dah dekat dengan zebra cross tu, dia slow down even bila tak ada orang nak melintas. dan kebetulan masa tu ada orang nak melintas. si student yang naik motor ni selamba dono je pecut motor masa orang tengah nak melintas jalan.

    lecturer ni tadi kejar budak tu sampai ke parking motor, dan marah2. itu bezanya antara orang kita dengan orang luar.

    bukan nak stereotyping ke apa, tapi kebanyakan dari orang kita memang jenis tak reti nak berhenti bila di kawasan zebra cross ni. slow down pun tidak, apatah lagi nak berhenti.

    • ariff

      23 July, 2011 at 7:32 am

      Cerita kawan aku pula, kat sini kalau melintas jalan tak tunggu lampu hijau untuk melintas, kalau ada parents dengan anak dia tunggu sekali confirm parents tu marah sebab tunjuk contoh yang tak baik kat budak-budak.

  • naihusna

    22 July, 2011 at 5:35 pm

    Kalau kat Norway pon sama..nampak je ade orang nak lalu kat zebra line tu dari jauh dah slowkan kenderaan..ade tu tgh laju ..bleh brek mengejut tiba2..kita plak rasa bersalah nak melintas…hehe..tapi serius kat sini tak jumpe satu pon jejantas..tak perlu pon sbb org2 sini disiplin kalau nak melintas ikut traffic light/zebra line…

  • cEro

    22 July, 2011 at 4:37 pm

    perghh!!! berani mati lintas tutup mata…
    semuanya bergantung kpd individu rasanya…
    kalau semua rasakan jalan adalah milik bersama, takde masalah..

  • akubiomed

    22 July, 2011 at 6:51 am

    Saya pun sudah terbiasa ketika di Malaysia pejalan kaki memberi lalu kenderaan di Zebra Crossing. Apabila di Australia pada tahun 2000 tabiat menunggu kereta lalu terbawa-bawa disana. Rupanya pemandu Australia menghormati pejalan kaki tidak kira umur.

    Kalau di Malaysia Zebra crossing perlu letak 2 bumper. Kalau tidak percaya pergi lalu antara Ikea dan The Curve

  • nev

    21 July, 2011 at 2:16 pm

    same thing down here bro. drivers stopped and let the pedestrian cross the road. if and only if there’s zebracrossing or ‘give-way’ sign. otherwise they drive like a boss

  • reezluv

    22 July, 2011 at 12:42 am

    kan ke org Malaysia ni lagi hebat dari org German,Rusia atau Kanada? mana ada lagi kt dunia ni yang leh celen Malaysia….bila memandu,dah macam pemandu F1 dan juga attitude semua hilang mcm angin je..

    walau ada pelajaran tinggi ke,pak aji ke..semua tu berubah bila memandu..pelik gila…aku pernah tengok ada sebijik keter tamau berenti dan siap hon lagi,depan mahkamah Ipoh ni..dia tak sedar yang nak melintas tu ada polis..ha..siap ada bunyi tayar lagi sebab terpaksa berhenti,hampir nak langgar org..last2..polis tu direct je pegi kat dia,suh ketepi…aku masa tu naik moto,gelak jek..kena basuh la tu kot ngan pak polisi..:P

  • Affan

    21 July, 2011 at 6:49 pm

    kat kanada, kadang2 aku yg serba salah nak lintas ke tak.
    kadang2 jauh lagi nak sampai zebra line tu diorang dah berhenti. selalunya walau laju cane pun, kalau nampak ada org nak lintas, driver akan berhenti.
    byk kali gak aku tgk, kadang2 takde org nak lintas pun, driver still akan berhenti, tgk kiri kanan, sambung drive balik.

  • Azah

    21 July, 2011 at 6:15 pm

    aku ni sebenarnya jarang sgt2 keluar jalan2… jumpa zebra line pun kadang2 je.. tp yg ak tahu, kalau kat area aku, zebra line mmg org akan berhenti kalau nampak ada org nak lintas. dan org2 yg melintas mmg akn selamba badak melintas walupun kete tu x berhenti lg sbb diorg tau kete mesti berhenti punya. kalau ada kete yg x benti, org yg lintas tu akn buat muka dan bg pandangan tajam kat si driver. ni kalau kat area aku la, so ak no komen nk cakap macam mana budaya di malaysia keseluruhannya sbb ak x biasa lalu zebra crossing yg lain.

  • emosahsanasini

    21 July, 2011 at 3:06 pm

    tujuan sebenar zebra crossing dibuat adalah memberi peluang kepada penjalan kaki untuk melintas dan memberi sign pada pemandu supaya membenarkan penjalan kaki melintas dengan selamat. tapi kat malaysia ni, jangan haraplah kot. sebab tu, aku lagi rasa selamat jalan-jalan sorang diri kat iowa, us berbanding kat malaysia. at least, pemandu kat us, kalau dari jauh dah nampak ada orang nak lintas jalan, dia dah slow down kereta siap-siap. tak pun kalau pemandu tu yang sampai dulu kat zebra crossing dan nampak ada orang yang nak melintas, dia akan tunggu orang tu sampai dan melintas dengan selamat.

  • ekspresiruang

    21 July, 2011 at 2:05 pm

    mmg respek org German bila bab berhenti kat zebra crossing. time 1st time balik Malaysia, nk lintas zebra cross dpn pintu masuk departure KLIA, haram xde kereta nk stop. laju lg ada la. terlupa bahawa aku di Malaysia. huhu

  • AkuYangTerpesona

    21 July, 2011 at 2:01 pm

    satu2nya tempat yang begini adalah di Labuan. Walau ko sorang je pun kereta laju mana pun akan slow kalau nampak ada org nak lintas jln kat zebra crossing.

  • mas

    21 July, 2011 at 1:51 pm

    negara maju, memang attitude penduduknya sebegitu.

    tak payah gi jauh2, singapore pun cukup. zebra crossing memang pedestrian diutamakan.

    malaysia, peraturan yang digunakan sama, cuma memasing ignorance. sbb xde sape nak saman or amek tindakan.

  • Nadya

    21 July, 2011 at 12:31 pm

    Aku berhenti..sebab aku pejalan kaki..hihihi..
    Kalau kat KL,KEBANYAKANnya memang takkan berhenti la..
    Tapi bulan lepas,masa aku kat Mersing & masa aku nak lintas jalan ada kereta yang berhenti..
    Terkejut aku..kikiki

  • misztomato

    21 July, 2011 at 10:40 am

    Kat Malaysia, ramai yang menyampah dengan zebra crossing tu. bukat setakat yang takda traffic light, tapi yang lampunya dah merah pun, masih ada lagi kereta yang nak jalan… kadang kadang terfikir… adakah ramai orang kata, orang kita memang kaya dengan adat kesopanan tu fakta atau mitos…

  • cik Dara

    21 July, 2011 at 10:00 am

    Mentaliti rakyat kita masih kurang dalam hal sebegini. Nama je amalkan budaya timur,budi bahasa dijaga perilaku dijaga tetapi nilai seperti berhenti di garis belang jarang diamalkan.

  • namaakulynn

    21 July, 2011 at 9:53 am

    rsanya org2 kt msia tak sampai tahap baik hati mcm org jerman lagi kot.may be certain2 tempat & certain2 masa.
    tp slalunya kt sini,kalau ada yg suka2 nk lintas kalau takde trafic light,free je la kena maki.
    kang keluar ayat; ‘ingat jalan bapak kau ke haaa?’

  • alex adriana

    21 July, 2011 at 9:35 am

    aku pernah jalan kat zebra lain kat area UM, kereta laju macam tanak berhenti, dah la taknak berhenti, siap HON kan aku. memang aku sumpah dia eksiden lepas tu. geram giler.!