Not necessarily to be a romantic date or even a date!
Aku tak faham dengan persepsi sesetengah orang yang kalau seorang lelaki tu keluar dengan seorang perempuan, mereka ni dianggap berkongsi perasaan romantik atau kasih sayang antara kedua belah pihak. Kenapa ya? Adakah pada zaman sekarang ni lelaki dan perempuan tak boleh berjumpa one on one sebagai kawan atau teman tanpa perlu mereka mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain?
Aku single dan ya aku dah keluar dengan ramai perempuan sejak pulang dari Moscow tempoh hari. Pada aku benda ni tak salah, aku tak sakitkan hati sesiapa dan mereka tahu aku jumpa atas title kawan dan bukan bakal kekasih atau apa. Aku keluar berjumpa mereka atas dasar kawan atau teman dan hampir semua yang aku jumpa tu, aku tak punya hati atau perasaan romantik pada mereka. Berjumpa setakat ingin berkenal-kenalan, tukar cerita dan networking. Yeah, aku lebih suka guna perkataan networking.
Apa yang berlaku biasanya semasa perjumpaan yang sesetengah orang ni anggap sebagai date ialah, aku lebih banyak mendengar kisah hidup perempuan yang aku jumpa ni. Ada yang selesa untuk berkongsi tentang kisah perasaan mereka terhadap seseorang lelaki lain dan meminta pendapat aku tentang hal berkaitan, ada yang berkongsi kisah mereka dalam bidang kerjaya. Kalau kena pada orangnya, aku memang suka dengar kisah mereka. Perempuan ni expressive, maksudnya mereka suka meluahkan apa yang ada dalam hati mereka dalam bentuk percakapan berbanding lelaki yang memang kebanyakannya kurang bercakap. Itu basic kalau kita nak tau perempuan tu selesa ke tak dengan kita.
Mengapa sesetengah orang masih lagi berfikiran kolot dalam hal ni? Oklah, kalau aku mempunyai apa-apa hubungan sebagai kekasih dengan perempuan lain, benda ni dah jadi salah. Aku layak digelar playboy. Tapi kalau seorang lelaki single macam ni berjumpa dengan perempuan single yang lain untuk berbual-bual, kenapa perjumpaan itu perlu dilabel seolah-olah ianya lebih daripada sebuah perkenalan biasa?
Yang penting dalam hal ni, aku akan pastikan terlebih dahulu yang perjumpaan itu bukanlah date tapi hanyalah dua orang teman yang berjumpa atas dasar kawan. Aku pun takdelah nak libatkan diri dalam apa-apa yang rumit atau terpaksa melukakan hati orang lain disebabkan perjumpaan itu mungkin dilihat sebagai ‘harapan’ yang aku diberikan.
Tak salah pun untuk keluar berdua, jumpa pun kat tempat normal ditengah khalayak ramai. Cuma kena tahulah dengan orang yang macam mana dan tujuan perjumpaan itu. Kalau lebih daripada itu.. ha.. tu pandai-pandailah lepas tu kan.
Mungkin ada yang tak dapat menerima keterbukaan aku, takpe. Tak payah terima pun. Setiap orang ada tahap-tahap keselesaan mereka untuk berjumpa dengan orang lain. Aku selesa berjumpa mereka-mereka ni dan aku suka dengar pelbagai cerita, ragam dan pengalaman manusia lain. Tapi kalau aku dah mula bercinta balik nanti takdelah nak buat macam ni kan. Memang tak kena la kalau masih macam ni walaupun sedang bercinta dengan orang lain.
Jadi nak tanya korang balik, wajarkah kita label perjumpaan macam ni sebagai sebuah romantic date semata-mata?
KEBURUKAN DAN BAHAYA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN WALAUPUN DENGAN KAWAN YG BERLAINAN JANTINA…
1. Melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32)
Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang tiu kepada perbuatan keji tersebut.
2. Langkah pertama kepada berlakunya zina
Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)
3. Melanggar perintah Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…’.” (Al-Nur: 30-31)
Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan.
4. Melanggar amaran Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)
5. Sentiasa berteman dengan syaitan.maksud hadis Rasulullah saw
“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani pasangan ini?. Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.
6. Melanggar ancaman Rasulullah saw yang bermaksud :
Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.( al-Tabarani)
Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?. Sekiranya tidak, maka hebat benar iman mereka ini.
7. Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet. Sehingga ada pelajar yang sanggup ‘berpuasa’ untuk berjimat wang saraan sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.
8. Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Iimu hanya menghuni di hati yang suci bersih.
Salam.
Bukan nak kata diri bagus sangat tapi kalau ada masa hayatilah ayat 30-31 dari surah An-Nur (Cahaya) dari kitab suci agung seluruh umat Islam. Tak salahkan menambahkan pengetahuan berlandaskan kitab yang mulia ni. Rasanya tak tepat nak guna istilah ‘dating’ tu sebab orang akan ingat kita keluar berdua-duaan. Kalau tujuan kita keluar tu (antara lelaki dan perempuan) sebab ada hal2 yang nak dibincangkan atau nak berjumpa kawan2 lama yg dah lama tak jumpa, tak salah. Cuma untuk mengelakkan fitnah orang, better ajak sorang lagi member atau sesapa saja yg selesa utk dibawa bersama. Tambah kita sekarang ni hidup di akhir zaman yang penuh dengan hal2 fitnah. Sekadar berkongsi pendapat peribadi yang mungkin bermanfaat untuk semua.
sterotaip…..
La…org boleh fikir apa2 pun…yg penting niat. X salah keluar dgn kawan x kira la lelaki ke perempuan. Orang …kalau dah dengki memang mcm tu….dulu selalu gak kena macam tu. Abih tu, kalau keluar lunch dgn rakan sekerja pun x boleh ke? hmmm…..
salam..
saya pun penah alami kes mcm ni..
takde salahnye pun kuar dengan kawan ( lelaki)
nanti kawan tanye ” pgi date ngan sape semalam
bila jawab kawan… member2 tak caye..
takpe la yg penting kita taw ape yg kita buat..
dgn sape kita kuar… n apa status kita bila kuar dgn kawan kita …
x wajar. saya pon kekadang buat benda yang sama. langsung tiada perasaan. org sekeliling memang akan gosip merata2. itu belom lg jd artis.
networking. ya. saya setuju.
suke tajuk ini!!
syabas!!
hehe..komen ttg entri ni? keluar berdua berlainan jantina boleh didefinisikan secara pelbagai..
tgk pada keadaan..tempat..gaya dan cara kedua watak..
lain org lain cara pemikiran..tapi tinta setuju dgn kamu !!
memang ar xwajar…tapi dah mmgnya dari zaman dulu lg dah terdedah bila kuar je berdua2an so dating ar…susah nak buang tanggapan 2 coz ia bermula dari dulu2 lg…apa2 pun kita je yg tahu apa status kita pada ms 2…kawan or couple…pedulikan apa orang nak kata….ikut kata org kita yg merana…
dating????
haha..lawak je..jumpa je kot..rilek2 sudah
As Salam
mmg camtu la pemikiran org zaman skrg ni…bukan takat keluar b’dua dianggap dating…
tp kalau kt care org tu lebih skit jerrr dorg dah anggap kt ni m’harapkan s/thing dr dorg plak…tp kt ni sebenarnyer care sebagai kawan…dah la klu keluar b’dua dianggap dating…selalu sms pun dorg dah pk lain…aduyaiii…dah xreti dah nk b’kawan camner niii….xkan la bile b’kawan perempuan hanya boleh b’kawan ngan perempuan n lelaki boleh b’kawan hanya dengan lelaki…klu couple jer boleh lelaki n perempuan…busan2…
kolot suma tuh. kanak2 skolah je slalu guna istilah dating2 neh..
Duo is dating? That thinking is so puberty. People do meet up for business, stuff and latest catch up regardless duo, trio, quattro or group meet up. Dont tell me if a meeting contains 1 girl and 15 guys.. we shld call it a gang bang meet up and the girl is a whore? Come on, it’s time to think outside the customary. Ariff, u can give out this message to your readers in your next writes up. I give u the next title for your post – CONSERVATIVE IS SO 70′S. haha.
bagi aku, firstly, define dating..
then it’s up to u nk takrifkn adakah keluar berdua lelaki~perempuan dianggap dating?
tpi bgi aku, the word dating tu seswai utk kapel2 je..kalo keluar dgn member, then it’s not a date.. =)
sebagai manusia biasa…semua org layak berkawan dgn sesape sahaja…
adat la kot… org kalau kuar bdua msti gelar ‘dating’… tp susah jg kalau org asik fikir cmtu…
Salam :)
Bagi saya la kan, keluar berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan dibolehkan dengan syarat untuk membincangkan tentang ilmu. Kalau sekadar nak borak-borak, tak payah la keluar. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Kawan pun boleh makan kawan so lebih baik tak payah keluar bagi elak difitnah. Kalau perempuan tu nak bincang apa-apa dengan lelaki, bawaklah seorang teman mahram. Lelaki yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam tak kan kata seseorang perempuan tu kolot kalau perempuan tu tak nak keluar dengan alasan bukan mahram.
Bila baca entri ni, teringat masa kat sekolah dulu, pernah kena cop playboy sebab selalu dilihat bercakap dengan perempuan yang berlainan, padahal bercakap macam tu je. Paling kritikal bila masuk tingkatan 6, kena tuduh ustazah macam2, memang terkenal 1 sekolah ke”playboy”an aku. Tapi nasib baik guru kelas backup aku balik. Sebab aku memang bukan jenis macam tu dan aku akan ingat apa yang cikgu aku tu cakap sampai hari ni “Tak kisahla tarmizi tu playboy ke, ada girlfriend ke, asal result exam dia tetap maintain” :p
Kalau boleh jaga batas, mungkin tak salah. Tapi better ada orang ketiga sebab kalau berdua, yang ketiga adalah……
bergantung. pada niat masing-masing.
have you heard about swinger? slalu bertukar2 pasangan,as in bukan playboy..tp setiap kali org tgk keluar ngan pompuan yg berlainan..beduan2an…katanya as fren or calon2 la..
same goes with girl..kalau u tgk pompuan nie single but slalu kuar berdua2an ngan laki,byk la,laki lain2..what will pop up your mind..oh dis girl sgt suka kuar dua2an ngan lelaki..she’s a swinger…playgirl wannabe~
unless they’re mmg dah kwn lama.kenal lama keluar berdua mcm teman..pun org bleh nampak mcm date..i did kuar with one of my beshfwen lelaki berdua when dia dtg sini,,but rasa a bit awkward cos berduaan.slalu beramaian :P
i remember masa dulu2 kalau nak jumpa ngan sumone yg bru kenal,i will sure bring sumone along,my lil sister or my beshfwen..
lainla kalau plan for date,mmg berdua je la..sbb nak get to know each other,nak privacy..
bg ak klu laki n pompuan da dok due2 tu mmg akan dikire dating lew..da nmpk pon dok due2..klu rmi2 kuar lainla cite…ni sume persepsi masyarakat skang..klu nmpak boy n gurl dok due2,chating2..mmg confirmla kite akan igt diorang ni kapel wlupon bkn..so nk bt mcm mne..ni persepsi org..kite bkn leh agk pon…tp tkt gak klu kite juz anggap juz kuar as a fren but org yg kite kuar tu maybe bf or gf org kan??mnela tau kantoi lak kan??xpsal2 wat drama pendek lak kt ctu…mstila gf or bf tu akan ckp ” ooo kuar dating ngan mamat or minah ni eh skang??”kn da ssh…so pk2la sndiri…better kuar rmi2 klu title tu juz a friend je..lainla klu laki or ppuan tu mmg single..tu boleyla nk kuar due2 smpi mlm esok pon xpe..hahhaa=)
yeaaa…eloknya kuar r ramaii……
ramai bez skit…
mcm2 leh kongsi…
kawan jew pun…
enjoy ar…bkn selalu…
tp, biasa la mulut org..kita bkn blh tutup pn..
msti la..kuar berdua x semestinya boleh dipanggil date..b’kwan biar beribu kan..dan saya paling setuju bila ariff cakap, berkawan ramai-ramai as ‘networking’. saya pn macam ariff juga. ;) hee
bg aku xdak hal la mr ariff. kita org melayu janji jaga adab sopan dan ikut batasan agama xdak apa yg buruk boleh berlaku. pandangan aku nie mungkin sebab aku jenis yg open minded kut. (bini aku x mcm aku.. konservatif sket) shhh.. jgn bgtau dia aku kata dia belakang2 mcm nie.
Tapi topik nie kan, nanti ada sorang menyelit cakap haram antara 2 lelaki dan perempuan bukan mahram keluar berdua. hehehe…
pastu mai sorang lagi plak kata kat aku plak, hang nie main-main ngan hukum allah.. dah haram kata xpa plak kalau kita jaga adab kesopanan org melayu dan ikut batasan agama.
Bab haram nih malas nak komen banyak.. hm..
bagus dont start nanti mcm2 versi ada.
bila dating dah jadi normal bagi anak muda di malaysia. aku kerap dating gak yeehaaaa..
org mmg tetap akan kata kita dating walaupun sebenarnya tidak, jd senang ajer yg penting kita tahu aper yg kita buat, peduli apa org nak kata bkn dia kenal pun sapa diri kita