Not necessarily to be a romantic date or even a date!
Aku tak faham dengan persepsi sesetengah orang yang kalau seorang lelaki tu keluar dengan seorang perempuan, mereka ni dianggap berkongsi perasaan romantik atau kasih sayang antara kedua belah pihak. Kenapa ya? Adakah pada zaman sekarang ni lelaki dan perempuan tak boleh berjumpa one on one sebagai kawan atau teman tanpa perlu mereka mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain?
Aku single dan ya aku dah keluar dengan ramai perempuan sejak pulang dari Moscow tempoh hari. Pada aku benda ni tak salah, aku tak sakitkan hati sesiapa dan mereka tahu aku jumpa atas title kawan dan bukan bakal kekasih atau apa. Aku keluar berjumpa mereka atas dasar kawan atau teman dan hampir semua yang aku jumpa tu, aku tak punya hati atau perasaan romantik pada mereka. Berjumpa setakat ingin berkenal-kenalan, tukar cerita dan networking. Yeah, aku lebih suka guna perkataan networking.
Apa yang berlaku biasanya semasa perjumpaan yang sesetengah orang ni anggap sebagai date ialah, aku lebih banyak mendengar kisah hidup perempuan yang aku jumpa ni. Ada yang selesa untuk berkongsi tentang kisah perasaan mereka terhadap seseorang lelaki lain dan meminta pendapat aku tentang hal berkaitan, ada yang berkongsi kisah mereka dalam bidang kerjaya. Kalau kena pada orangnya, aku memang suka dengar kisah mereka. Perempuan ni expressive, maksudnya mereka suka meluahkan apa yang ada dalam hati mereka dalam bentuk percakapan berbanding lelaki yang memang kebanyakannya kurang bercakap. Itu basic kalau kita nak tau perempuan tu selesa ke tak dengan kita.
Mengapa sesetengah orang masih lagi berfikiran kolot dalam hal ni? Oklah, kalau aku mempunyai apa-apa hubungan sebagai kekasih dengan perempuan lain, benda ni dah jadi salah. Aku layak digelar playboy. Tapi kalau seorang lelaki single macam ni berjumpa dengan perempuan single yang lain untuk berbual-bual, kenapa perjumpaan itu perlu dilabel seolah-olah ianya lebih daripada sebuah perkenalan biasa?
Yang penting dalam hal ni, aku akan pastikan terlebih dahulu yang perjumpaan itu bukanlah date tapi hanyalah dua orang teman yang berjumpa atas dasar kawan. Aku pun takdelah nak libatkan diri dalam apa-apa yang rumit atau terpaksa melukakan hati orang lain disebabkan perjumpaan itu mungkin dilihat sebagai ‘harapan’ yang aku diberikan.
Tak salah pun untuk keluar berdua, jumpa pun kat tempat normal ditengah khalayak ramai. Cuma kena tahulah dengan orang yang macam mana dan tujuan perjumpaan itu. Kalau lebih daripada itu.. ha.. tu pandai-pandailah lepas tu kan.
Mungkin ada yang tak dapat menerima keterbukaan aku, takpe. Tak payah terima pun. Setiap orang ada tahap-tahap keselesaan mereka untuk berjumpa dengan orang lain. Aku selesa berjumpa mereka-mereka ni dan aku suka dengar pelbagai cerita, ragam dan pengalaman manusia lain. Tapi kalau aku dah mula bercinta balik nanti takdelah nak buat macam ni kan. Memang tak kena la kalau masih macam ni walaupun sedang bercinta dengan orang lain.
Jadi nak tanya korang balik, wajarkah kita label perjumpaan macam ni sebagai sebuah romantic date semata-mata?
teman tapi mesra… tiada yg berhak mengatur jalan hidup kita melainkan diri sendiri. asal jangan ganggu hak orang lain…
Betul. Dalam hidup ni senang je, jangan kacau orang dan orang tak kacau kita
yerp..sy pon ade konflik gak ttg isu ni..
sbb sndiri lg selesa kuar ngn kwn llaki..dr kuar ngn pkwe..
pdhal dua2 pon llaki..
tp prsaan lebih slesa kluar tnpa istilah “dating”…
seeloknya keluar bertiga lebih baik drpd berdua kalau berlainan jantina sebbnya takut menimbulkan syak wasangka org ramai kan. biasala kalo ngikut pandangan org lain mcm2 bole jadi cerita, so setkan niat tujuan sepatutnya 2 org utk apa, pandai2 na fikir mungkin tak salah tp ada batasannya. kan dah penah belajar ilmu agama :) teringat lak cerita Dottie dia kata “kita kluar berdua ni dating ke” :D
kita boleh nampak la kalau orang tu keluar atas dasar kawan atau kekasih.. kalau dating mesti akan nampak kemesraan dorang kan.. tp biasalah masyarakat mmg suka fikir negatif je..
tp kalau secara islamik.. laki-pompuan mmg bahaya keluar berdua, boleh timbulkan fitnah.. so I suggest korang bawak kawan bila nak jumpa,xdelah timbul fitnah macam tu..
adess,macam ustazah plak aku.. haha..
itu lah cerita nya :) takde fitnah. tak salah keluar berdua tapi ada batasannya :)
secara logik mmg tak dikira dating…
tp persepsi org akan kata dating..
alaa, manusiakan suka mensensasikan keadaan…
as long as u know what u do, dah cukup dah…
Itulah. Penyakit manusia je sebenarnya. Ada yang terlalu sibuk nak jaga tepi kain orang kadang2.
Kalau dah jumpa pun kat tempat terbuka dan jaga batasan, sepatutnya ok dah. Tak boleh la nak buruk sangka 24/7 kat semua orang kan.
bagi saya kalau keluar jumpa kawan perempuan kat tempat awam atau restoran bukanlah dating namanya tapi kalau jumpa di tempat exclusive atau taman bunga sambil bergurau senda itulah baru dating namanya..:)
takkkk
to me kalo pun org panggil tu dating..tk salah dating ngan kawan kan…lagipun jumpa tmpt public n tk libatkan perasaan sumer..
Haha…susah la kalau macam tu…kalau sesama ada hal, kena jumpa berdua, pastu balik member kecoh kita dating…haha, agak kolot gak pemikiran tu..Pape pun kalau ak keluar pasni kena suro dia bawak kawan…TAPI, kite plak yang tak selesa…huaaaa
Betul. Orang keluar berdua sebagai kawan ni yelah nak kongsi hal peribadi barangkali. Bila dah ada orang ketiga, macam tergendala pulak. Lainlah kalau ketiga-tiga tu memag kawan baik.
tu lah.. keluar dengan pompan lain memang la kena cop dating. cuba keluar ngan eyka.. mesti tak kena cop punya.. waakakaka.
xde rezeki nk jumpe arifshah secara live lagi..wlupun dah dekat.. ;(
Alamak.. eyka kat mane? Sabtu ni datang x? Dah hujung2 ni lagi busy pulak..
Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
ERMMM..tak salah kut
sama bujang jangan
suami atau isteri
orang dating yang bujang
memang tak patut
erk. tu memang nak cari penyakit la. Harap isteri aku nanti takdelah kerja kena jumpa orang berdua camtu..
kalau la keluar ngn berlainan pasangan tu dikira dating..
konfum..i dated many guys sudaaa..n dilabel as playgirl..
so..
dont label klu kedua berdua tu sbgai dating
sgt2 salah…….
sbb keluar berdue tu..xsemestinya nk ckp psl romance2 kn..as friend..bestfriend..or as anything la..bout as long as not as couple..bkn dating kot…
maka arif…teruskn keluar berdua..i dont label it as dating::))
aha…untuk en3 ni no komen aku x pernah keluar berdua setakat nih =D
tapi x jadi masaalah kalau kedua dua belah pihak masih single klu x memang cari nahas la..hehe
dari segi tanggapan masyarakat macam tu la tapi boleh beza la keluar berdua atas dasar persahabatan atau sebab lain.yelah kadang2 kawan yang kita ajak keluar tu kawan lama dan mesti banyak nak kongsi cerita kan.kalau nampak sekali dah dikira date x munasabah la. dalam pergaulan pun ada had terpulang pada diri sendiri.
Tapi kalau semua perjumpaan yang melibatkan lelaki dan perempuan sebagai date habis la..kalau atas tuntutan kerja macam mana??..
Apa yang penting jujur pada diri sendiri dan niat sebenar.. =)
* dari kefahaman aku date melibatkan perjumpaan di tempat yang esklusif dan berpakaian yang agak formal,tapi kalau setakat makan2 kat kedai mamak,tgk wayang itu bukan dikira sebagai date..
hahaha.. dah agak dah. mesti ada kaitan dengan entri Fida.. haha.. dan komen Fida jugak.. huhu..
sebab tu lebih baik bertiga. xde gosip liar
lain kali ajak je aku
senang
hehe
ko x single. Orang x single main jauh2. haha!
berbahas ngan fida ke ni..
aku rasa komen daripada cikgu-cikgu lebih kukuh kerana berdasarkan dalil dan meletakkan agama yg lebih utama..
bagi aku sebagai budak ni pun aku rasa tak salah selagi kita jaga tingkah laku dan pergaulan kita..
tetapi memandangkan agama lebih utama..
aku rasa naz dan dalil itu haruslah diutamakan..
kalau nak keluar pun, perempuan mestilah lebih bilangannya daripada lelaki..
sekadar pandangan..
Apa2 pun tu semua bergantung pada diri sendiri. Pada aku, aku takdelah alim sangat sampai macam tu..
Memang betullah konsep tu cuma aku bukan model seorang muslim yang terbaik. Aku tau yang apa aku buat ni tak melampaui batas dan aku tak amik kesempatan apa-apa kat orang lain. Oklah tu kan..
steady ariff..
wahahaha… tu la pasal.. kadang-kadang aku naik bosan pulak bila ada orang mengatakan begitu bila aku nak keluar dengan seorang gadis :)
kadang-kadang orang mengatakan bila keluar dengan seorang gadis pulak dia kata keluar dengan awek pulak. aduhai…
kdg2 org kita ni sebut je dating. tp yg dia maksudkn tu kluar bersama. mungkin sbb dah terbiasa.
hheh
ery mmg panggel kua berdua tu dating kot
kua ngn kwn pompuan pon ery panggel dating
ngeh4
bile kte maw dating ariff?
wooooo~ ngahaha
erk.
Kena hantar surat kat sekretari aku dulu. haha!
Gathering GB sabtu nih datang x?
kadang kadang keluar berdua, ada yang ke-3 tapi kita jaa tak nampak. :))
Assalamualaikum…
Setuju dgn pendapat Cikgufarha…
Mmg x dinafikan ramai yg berfikiran terbuka mcm saudara. Tapi kita kena ingat, ini bukan hukum yg keluar dari masyarakat. Tapi hukum yg ada didalam Al-Quran dan dalam Islam sendiri. Bila berdua, pasti ada pihak ketiga (syaitan)..Ingat, syaitan tak menghasut seorang penzina shj, tetapi tdk terkecuali seorang Ustaz, Ulama’, Imam, Ustazah dsb…
Kalau tak nak difitnah / biar org salah sangka, maka kita jgn lah mendekati hal2 yg boleh mendatangkan fitnah / wasangka… Kalau tak nak dikatakan pelacur, maka jgn lah mendekati kelab2 malam. Begitu juga dlm hal ini..
Maaf kalau ada yg merasakan saya ni terlalu kolot, tdk ikut perwdaran masa….Saya rela di gelar kolot. Sebab, Islam dulu pun, datang dalam keadaan asing. Semua org pandang serong pd islam…Dan Islam akan kembali sebagai Asing/dagang…Maksudnya, zaman skrg ni, bila org tu terlalu mengikut peraturan Islam, mereka digelar kolot/asing….Maka sgt beruntunglah mereka ni sehingga mereka kembali sbg Asing….
Sekadar berkongsi pandangan..Maaf atas keterlancuran kata…Hamba juga insan hina yg masih mencari Ilmu…
Wallahua’lam
nawaitu kene betul..yang pasti kena hati-hati dengan “bende”ketiga.
semua ini bergantung pada pokok pangkal nya hati..kalo kita tahu niat kite baik…abaikan apa orang kata…kater orang dulu2..berkawan biar beribu..berkasih biar satu….
yeah. Itulah yang aku buat sekarang. Berkawan biar seribu, berkasih belum tentu..
Tak taulah bila nak berkasih balik.. Biar jelah.
x semestinya keluar berdua tu maknanya date for loving couple..keluar utk bedua for discussion dikira romantic date jugak ke..i agree with ariff.. x kisah la klw lelaki single n perempuan single keluar sama..rasanya mcm kuno je klw org yg pikir camtu..lain la klw that guy/girl in relationship tergedik2 nak keluar mmg nak kene la tu..=)
hehe… kadang-kadang memang persepsi masyarakat kita macam ni.. nampk berdua je terus cop couple. bila dah macam ni, percaya apa yang kita buat ni betul . Hehe
salamm..
maaf menyampuk…sekdar tuk berkongsi..
memang tak salah keluar berdua-duaan tapi dari pandangan masyarakat kena jugak jaga..namun kena igt dlm Islam juga tidak membenarkan keadaan ini berlaku walaupu sekdr untuk perbincangan..mcm en ariff cakap untuk networking…
sy pernh bertanya kepada seorang ustz..takkan langsung tidak boleh nak berjumpa walaupun di khalayak ramai dan tidak melakukan apa2…memang itu tidak boleh..sbb dalam al-quran ada menyatakann “La taqrabu zina”..
ok mungkin en ariff akan jawab skdr untuk perbualan biasa..namun itu lah yg dimaksudkan..boleh faham rasenye…
dan perjumpaan yang bagus adalah..sekiranye betul2 penting nak discuss sekalipon adalah kalau lelaki seorg, perempuan mesti berdua…kalau lelaki 2 org, perempuan mesti 3..maknanya kat sini, perempuan mesti lebih ramai berbnding lelaki sekiranya ingin mengadakan apa2 perbincangan…barulah tidak menimbulan firnah..
sekian..maaf sekiranya pendpt ini tidak diterima..tuan empunya boleh mendelete komen ini =)
actually aku tak setuju la kalau kuar berdua je mesti dilabel sebagai dating yang romantik ke apa. no la. jumpa berdua as kawan apa salahnya. macam ko cakap bertukar2 cerita or pendapat sambil makan2 tengok wayang. come on. itu sangat biasa mana ada special pun.
istilah kawan tu meluas. tak semestinya kuar ramai2 baru dikira sedang berkawan kan.
tapi kalau kuar dengan kawan yg dah berpasangan better janganla berdua. tak bape elok. macam aku hari tu kuar dengan tunang orang memang aku bawak sorang kawan pempuan la temankan. but as long as dua2 takda komitmen ngan sesapa, takde apa nak dibahaskan. serius, bagi aku ianya benda biasa.
aku faham perasaan ko bro. ekeke begitulah norma dan tipikal masyarakat msia. suka melabel;).
juz pretend nothing happen coz ko bukan kaco org pon. itu hak ko. lgpun single mingle lg. lainlah kalo dh couple. itu player @ playboy.
lagi ko amik benda ni serius lagi yg memerhati dan bercakap belakang 2 suka. so buat dunno je. as long u knw the truth ;). cheers!
Nasib baik ko dah buat Ariff. So takyah lah aku buat kot. Tapi untuk jawapan di FB tadi, my answer is still NO.
p/s: nice one.
Tidak.
Jujurnya memanglah kurang baik kalau keluar berdua (aku pun tahu), tapi dulu, aku ada juga keluar dengan kawan-kawan lelaki aku berdua je. Yes, atas urusan belajar, atas urusan yang kau boleh sebut networking juga. Sebab kadangkala benda tu, memang urusan berdua, dan aku tak faham kenapa orang nak fikir lain.
1st – aku keluar dengan senior aku lepas aku kenal dia kat forum. bukan date, tapi lebih kepada bincang forum universiti yang kami jadi apprentice.
2nd – keluar dgn junior (personal photographer) untuk convo aku. Yes, dia suami orang dalam usia yang sangat muda, takkan aku date dgn suami orang kot?
3rd ..and countless – semua atas dasar urusan kerja. tak payah jumud sangat kot pemikiran? lagipun, di tempat public, bukan pergi ke tempat2 pelik~