Adakah Kawasan Perumahan Anda Selamat?

Found this in Facebook. Seorang kenalan hampir terkena kejadian langgar + rompak. Nasib baik dia dapat lari.

langgar-rompak

Link

Dan kebetulan pagi tadi saya sempat menghadiri event family day komuniti penduduk di kawasan saya. Memang bagus diorang buat event ni. At least dapatlah tengok muka jiran masing-masing yang tinggal dalam kawasan ni walaupun tak sempat kenal semua.

Ketua Balai Polis berdekatan telah dijemput dan perkongsiannya pagi tadi mengconfirmkan trent langgar + rompak di kawasan perumahan di sekitar KL/Selangor sekarang. Antara perkongsiannya yang lain:

  1. Langgar + Rompak ni kadang-kadang guna kenderaan mewah seperti BMW, VW Golf dsb. Apa yang mereka buat ialah langgar bahagian belakang kenderaan supaya pemandu keluar dari kenderaan dan bawa lari kenderaan pemandu tadi. Biasanya berlaku awal pagi atau di kawasan sunyi. Langkah yang paling baik untuk mengelakkan kejadian ini ialah dengan segera pergi ke Balai Polis untuk membuat laporan sekiranya kereta anda dilanggar.
  2. Kejadian pecah rumah di kawasan perumahan ni biasanya berlaku melalui pintu belakang dan tingkap tandas belakang. Ini adalah kerana lorong belakang rumah kita biasanya takde orang ambil kisah dan takde orang nampak. Senang untuk penjenayah buat kerja. Kalau boleh pasang extra lock pada pintu belakang.
  3. Satu lagi kes berlaku di mana pencuri ni datang dengan kereta mewah, park depan rumah dan bunyikan loceng. Bila takde orang keluar, dia tau rumah kosong dan drop orang dia kat kawasan belakang rumah. Bila dapat masuk rumah, kereta pun bawa masuk garaj sekali dan pencuri-pencuri ni pakai smart, seluar slack, baju kemeja siap tali leher. Masa punggah barang siap angkat tangan kat jiran sebelah. Bila owner balik rumah, tengok habis dalam rumah kosong. Jiran ingat yang angkat tangan kat dia tu tuan rumah. Yang ni kes tak kenal orang sebelah. Terlalu privasi sangat.
  4. Kalau ada apa-apa kecurigaan, call Polis atau lebih tepat lagi call bilik gerakan Polis kawasan anda. Bilik gerakan ni kawalselia anggota Polis yang sedang meronda, jadi kalau ada panggilan, mereka akan hantar anggota paling hampir ke tempat kejadian. Masalah kat Malaysia ni, kalau ada kes kecemasan, orang kita pergi call Ahli Parlimen kawasan la.. tak pun call kawan kepada kawan dia kat Bukit Aman, bukan nak call pejabat Polis kawasan.
  5. Kebanyakan jenayah di kawasan perumahan ni berlaku sebab penjenayah nampak ada kesempatan. Pintu tak berkunci, pagar tak tutup, rumah selalu kosong.. Benda-benda macam tu. Mungkin kawasan perumahan kita ada security guard tapi tak bermakna kita boleh leka dan mengabaikan keselamatan diri sendiri dan harta benda.

Sekarang ni mana-mana pergi pun, tak selamat. Kat kampung pun orang mencuri jugak. Baru haritu ayam dalam reban rumah atok saya kena curi 7 ekor. Hampeh betul. Ayam busuk-busuk macam tu pun orang nak curi.

Apa-apa pun, berhati-hatilah ye..

Comments

  1. says

    Undang-undang manusia ni sampai bila2 tak selesai masalah jenayah. Berlaku di sebuah masjid di Kedah di mana tabung bergerak selalu hilang selepas solat jumaat. Satu hari tok imam sudah mengamuk dan terus buat announcement sebelum khutbah kalau ajk dapat tangkap pencuri, terus laksana hukum hudud. Hihi tabung tak hilang haritu dan yang bestnya tabung2 sebelum ni yg lesap tetiba muncul balik selepas solat jumaat =) Baru gertak je tu..kiki
    Entri terbaru Akmal Aizat >> Mengapa Perlu Makan Biji Aprikot?My Profile

  2. says

    Terbaca di Kosmo mengenai polis Selangor akan menambahkan cctv sehingga 1000 unit. Salah satu usaha pemantuan oleh pihak berkuasa.

    Kalau dulu ada rukun tetangga dan sekarang ini kurang mendapat sambutan sehingga kerajaan terpaksa rebrand menjadi Skim Rondaan Sukarela (SRS).

    Saya sendiri tidak sedar kewujudan Akta Rukun Tetangga 2012 – Akta 751. Mungkin ramai dikalangan kita tidak sedar mengenai kewujudan Akta ini atau tak ambil kisah atau menyerah bagi pihak yang dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan awam.
    Entri terbaru akubiomed >> Kemudi kapal selam Agosta 70 di pantai KlebangMy Profile