#9 Sayonara Takayama

IMG_3203.JPG
Hari ni kami meninggalkan bandar Takayama dan menghala ke Kawaguchiko. Kawaguchiko adalah bandar utama di kawasan Gunung Fuji.

Takayama adalah sebuah bandar yang senyap, tak banyak development dan tak terlalu komersil. Kalau nak lari daripada melawat bandar, datanglah ke Takayama.

IMG_3285.JPG
Bandar ni terletak di kaki banjaran alps Jepun. Jadi perjalanan keluar dan masuk ke kawasan ni memang cantik.

Satu yang unik tentang Takayama adalah bandar lamanya yang dikekalkan sejak dari tahun 1600 lagi. Walaupun bandar Takayama berkembang, bangunan lama ini dipelihara dengan baik dan pembangunan di sekitarnya tak merosakkan rupa dan identiti bandar lama ini.

IMG_3286.JPG

IMG_3287.JPG

IMG_3290.JPG

Saya tak habis pusing lagi kawasan Japanese alps ni. Maybe in the future akan singgah lagi ke sini untuk melawat kawasan sekitarnya.

IMG_3188.JPG

Untuk kisah yang lebih detail tentang percutian saya ke Jepun, boleh melawat laman Notes & Places.

IMG_3294.JPG

IMG_3284.JPG

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments