6 Tips Memilih Penapis Air Terbaik Untuk Kediaman Anda

Rasanya semua orang tahu dan pernah nampak warna air yang keluar daripada paip rumah kita kan? Kadang-kadang keluar keladak, karat dan berbau. Bila dah Nampak macam ni, agak-agak selamat ke air ni untuk diminum?

Itu sebabnya selama ni, saya hanya minum air mineral. Tak berani nak minum air dari paip, kecuali kalau dah ditapis. Sekarang, bila dah pindah rumah sendiri, baru saya pasang penapis air sendiri di rumah.

Nak pilih penapis air pun sama je macam nak pilih rumah. Kena tau sedikit sebanyak apa ciri yang perlu ada pada penapis air yang bagus. Oleh itu, saya kongsikan 6 tips memilih penapis air terbaik untuk kediaman anda.

1. Ketahanan

3M

Bila beli perkakas untuk rumah kediaman sendiri, kita kena tengok pada ketahanan produk tersebut. Yelah.. nak tinggal kat situ lama, jadi produk yang dibeli mestilah tahan lama.

Sama juga dengan penapis air. Saya pilih jenama yang memang dah lama wujud, yang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang penapisan air. Salah satu sebab saya pilih penapis air 3M adalah kerana syarikat ni dah ada 75 tahun pengalaman dalam membekal produk penapis air di seluruh dunia.

2. Mempunyai Pensijilan Antarabangsa (NSF-certified)

NSF_MARK_294

Kalau kat Malaysia, produk elektrik menggunakan pensijilan daripada Sirim sebagai bukti bahawa produk ini telah diuji dan selamat. Produk penapis air pun ada pensijilannya sendiri dan pensijilan dilakukan oleh NSF (National Sanitation Foundation) dari US.

Apa yang mereka buat adalah mereka uji setiap produk penapis air yang ada di pasaran bagi memastikan produk itu menepati piawaian yang ditetapkan. Produk penapis air yang berkualiti harus mempunyai pensijilan NSF. Kalau takde, elakkan.

Semua produk penapis air 3M telah mendapat pensijilan NSF.

3. Teknologi

Air yang disalurkan terdedah kepada pelbagai jenis dan punca pencemaran seperti paip lama yang berkarat, pasir, lumpur dan tak kurang juga punca air itu sendiri yang kadangkala sudah tercemar. Tu semua kotoran yang boleh kita Nampak lah kan..

Penapis 3M menggunakan teknologi dua tahap penapisan. Tahap pertama adalah menapis karat dan pasir semua tadi.
Penapisan tahap kedua disempurnakan dengan teknologi IMPACT (Integrated Carbon Pre-Action Technology) yang mempunyai berkebolehan menapis air daripada sebarang bakteria dan sista.

Blok karbon ini juga akan menapis semua bahan kimia termasuk klorin. Takde dah bau / rasa klorin dan rasa air lebih segar.

4. Mudah untuk diselenggara

3M simple filter

Walaupun menggunakan penapis berteknologi tinggi, penapis air 3M ni taklah rumit sangat. Isteri saya pun boleh tukar sendiri penapis air ni.

Pada tapak paip air penapis ini ada lampu indicator yang menunjukkan air boleh diminum. Bila sampai masanya, lampu ini akan bertukar menjadi merah menandakan telah sampai waktu untuk menukar penapis (jangka hayat penapis setahun+).

Dalam masa 10 saat dah siap tukar penapis ni. Tak perlu tunggu orang datang buatkan, tak perlu gunakan sebarang peralatan. Pulas penapis guna tangan, cabut dan pasang penapis baru. Siap.

5. Rekabentuk yang menjimatkan ruang

3M filter system

Rumah saya comel je. Condo untuk pasangan muda baru berkahwin kan.. Jadi kalau boleh, tak perkakas yang dipasang dalam rumah takdelah besar sangat sampai Nampak semak.

Rekabentuk penapis air 3M ni memang smart. Boleh muat letak bawah sinki dapur je. Biasanya tempat ni kosongkan kan.. Jadi penapis ni memang tak makan ruang langsung.

6. Bajet

Kalau dulu saya beli air mineral dalam RM10 untuk botol 9.5 liter. Lebih kurang RM1 seliter saya bayar. Dengan penapis air 3M ni, kos saya telah turun kepada 23 sen seliter untuk tahun pertama penggunaan dan tahun seterusnya jadi 7 sen seliter je.

Oklah tu. Memang perlu keluarkan kos sikit tapi kalau kos yang dikeluarkan ni supaya saya dan ahli keluarga saya dapat minum air yang terjamin kebersihannya, takde masalah.

Pada saya, penapis air 3M adalah yang terbaik dalam pasaran. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web mereka www.3m.com.my/water

Kalau anda berminat untuk memiliki penapis air ini sekarang, ada promo sempena Raya Fiesta Promo yang berlangsung dari 1 Jun – 31 Julai. Boleh tengok pasal promo kat sini dan senarai pengedar penapis air 3M di seluruh Negara.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments

  • rahimah

    26 July, 2015 at 5:49 am

    Saya pula tak suka mineral water . Lebih suka air panas yang dah suam. Tapi water filter tu rasa macam nak pasang bila dah pindah rumah nanti.Long term kosnya murah saja dan air pun lebih bersih dan tak payah fikir air berkeladak bagai.

    • Ariff

      26 July, 2015 at 7:13 pm

      Yang ni untuk minum, nanti tengok yang untuk outdoor pulak. Kalau nak tengok keadaan air yang kita gunakan hari-hari, cuba intai tangki air dalam rumah. Confirm lepas tengok nak pasang terus filter untuk air yang masuk seluruh rumah

  • permatamama

    14 July, 2015 at 2:34 pm

    memang sebelum membeli penapis air, kita perlu periksa kehalalan yang ada pada penapis air ini.. Saya memilih penapis air yang mampu milik, tidak perlu sumber elektrik, senang di bawa, jimat daripada Shaklee

  • kesoma.rai

    10 July, 2015 at 12:24 pm

    sijil halal bagi saya bukan requirement sangat.. unless kalau filternya guna seramik. tapi kebanyakan penapis air kat pasaran gunakan activated carbon technology. dan walau pun banyak penapis air dapat sijil NSF, nilai sijil tersebut tak sama.. boleh check pada portal carian NSF utk tahu, sejauh mana penapis air tersebut menapis dan merawat air. ada yang NSF cuma certified utk tapis klorin bau warna dan rasa saja. tak ada penapis air yg dapat tapis semua bahan cemar dalam air. Penipu la penjual tu kalau dia kata semua boleh tapis. check kat NSF ada senarai lengkap biasanya.. yang penting bukan saja tapis klorin etc.. tapi juga logam berat, bahan cemar organik dan bukan organik. baru baru ni, ada artikel kata dalam air kita ada residue ubat ubatan utk penyakit kronik. sangat bahaya.. especially utk kita yg takde penyakit.

    so pentingnya utk ada penapis air yg boleh menapis semua bahan cemar tu..

    sekadar berkongsi pengetahuan.

  • Suriya

    10 July, 2015 at 8:20 am

    kena kaji betul-betul sebelum pasang. penapis airpun ada yang tak halal. kalau mencari penapis air yang handy dan boleh bawa ke sana ke mari, boleh cuba Water Pitcher Shaklee.

  • K.Anna

    10 July, 2015 at 6:20 am

    Thanks ariff..Gud info..kipas pn dh dpt tips..tgh survey barang2 utk extend dapur..how about kitchen cabinet n etc..he..he..