Aku tak menyokong mana-mana parti politik kerana kedua-duanya aku lihat lebih kurang sahaja. Menegur kebodohan melampau seperti projek email tricubes yang disokong kerajaan ni bukan menunjukkan yang aku menyokong pihak pembangkang. Entri ini adalah berdasarkan berita di Malaysiakini.
Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Jumlah kakitangan awam dah mencecah 1 juta. Jadi kalau anda bekerja di sektor awam, bersedialah untuk mendaftar dengan email ini. 4 juta yang lain? Rakyat la..
Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
Maka secara automatik kerajaan akan membayar syarikat ini untuk setiap email yang kakitangan mereka gunakan. Memang nak bangunkan projek ni tak guna duit rakyat, tapi dalam jangkamasa panjang, kerajaan yang akan membayar syarikat ini untuk menggunakan email. Agak bodoh di situ. Selama ni banyak je akaun email yang percuma.
‘Secure Sockets Layer’ bla bla bla…
Macam biasa kalau nak memperbodohkan orang, gunakan bahasa canggih-canggih macam ni supaya orang tak tau apa nak tanya dan terima je apa yang mereka kata.
“Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.
Lagi sekali, email yang orang guna sekarang adalah percuma.
Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar. Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.
Nak guna kena daftar dulu. Pergi pejabat, ambil nombor, tunggu 1-2 jam baru boleh daftar. Kalau tak nak pergi daftar, kena beli alat-biometrik USB. Buat email biasa tak sampai 5 minit siap dah. Ini.. ini.. ini bangang!
Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: “Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.“
Bolded statement tu mengconfirmkan apa yang aku cakap awal-awal tadi, semua kakitangan sektor awam akan diwajibkan untuk menggunakan myemail ni.
Sumber: Malaysiakini
Belum pun apa-apa lagi, ada pihak telah mengaut keuntungan berkali ganda. Saham Tricubes telah naik sekurang-kurangnya 400% daripada waktu sebelum pengumuman email ini dibuat. Suruhanjaya Sekuriti patut menyiasat sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ada kaitan dengan kroni-kroni syarikat ini yang membeli saham Tricubes pada amaun yang banyak sebelum pengumuman dibuat oleh Najib. Perbuatan begini boleh dikategorikan sebagai insider trading.
Selamat datang ke Malaysia di mana projek-projek tak masuk akal seperti email Tricubes ini dibuat untuk memberikan untung kepada pihak-pihak tertentu. Bukan nak berkira sangat lima puluh sen tu, tapi projek ni terlampau bodoh dan tak masuk akal. Buat apa nak bayar kalau yang dah ada semuanya percuma?
Comments
77 responses to “50 Sen Je Satu Email Tricubes, Itu Pun Nak Berkira Ke?”
Masanya tlh tiba…
tumbangkn kerajaan kurap ini next PRU..
1. Projek emel 1 Malaysia jika dilihat dari aspek positif akan memudahkan urusan berkaitan dengan kerajaan. Memang benar ada hotmail dan yahoo.mail yang percuma, tetapi emel free yg sedia ada bersifat “campur aduk” oleh itu ada emel yg kita terima (berkaitan kerajaan seperti bil) tidak kita perasan bila dihantar kepada kita kerana ada emel-emel lain yg tidak penting kita terima turut digunakan bersama jika menggunakan gmail,yahoo.mail dan sebagainya.
2. Dengan memiliki emel 1 Malaysia dalam berurusan, hanya emel yg berguna dan penting sahaja akan kita terima, contoh pengumuman kekosongan kerja dalam sektor kerajaan, keputusan temuduga, bil utiliti, dan sebagainya, bukankah memudahkan?
3. Saya tidak bersetuju dengan caj sebanyak 50sen untuk satu emel yg diterima/dihantar agensi kerajaan(mungkin ada penjelasan di sebaliknya) , sepatutnya ia boleh dikurangkan lagi sehingga ke 5 sen untuk satu emel, sebagai contoh. Berkenaan penggunaan duit cukai yang digunakan untuk menanggung urusan penghantaran/penerimaan emel 1M, di mana rakyat tidak perlu membayar sesen pun, sepatutnya tidak timbul masalah kerana agensi tersebut akan dikenakan cukai juga, dan pulangan masih kepada kerajaan juga.(jadi ini bermakna ada timbal balas)
4. Sebenarnya emel 1 Malaysia akan mengurang penggunaan kertas dalam jumlah yang besar, pengurangan penggunaan kertas bermakna berlaku penjimatan dan bukannya pembaziran. Untuk makluman, sektor awam sekarang tidak lagi menggunakan penyata gaji dan kini digantikan dengan penyata gaji secara online,dengan memasukkan IC dan password maka penyata gaji dpt dilihat di skrin komputer.Ini bermakna duit cukai atau duit rakyat untuk penggunaan kertas bagi bil utiliti, penyata gaji dan sebagainya dapat dijimatkan hampir 100%.
5. Bagaimana dengan syarikat yang dikatakan bermasalah iaitu Tricubes yang melabur dalam emel 1M, dikatakan mempunyai kaitan dengan kepentingan adik kepada PM. Dengarnya Tricubes adalah syarikat IT, maka latarbelakang itu menjadikan ia paling berkelayakan untuk membangunkan projek ini. Bagi saya tidak ada satu kesalahan bagi kerajaan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah, asalkan caranya betul.Yang menimbulkan masalah, jika projek ini gagal. Tetapi itu pun bukan masalah juga, kerana tiada sesiapapun yang mahu ianya gagal.
6. Harap emel 1 Malaysia dilancarkan segera, sekurang-kurangnya mata tidak rumit melihat kertas-kertas bil yang berlonggok di hadapan mata :)
kalau agensi kerajaan yang perlu bayar bagi setiap email yang dihantar,maknanya rakyatnya yang menanggung kos email ni.sebab?cukai yang dibayar rakyat disalurkan kerajaan kepada semua agensi kerajaan.
cukai rakyat -> dana kerajaan -> MyEmail = Poket Tricubes
ini dinamakan bodoh melantun-lantun. dah tau diri sendiri bodoh, nak perbodohkan rakyat dgn projek bodoh diorg nih supaya rakyat pun bodoh macam diorg….. aduhayyyyy… susah .. dah bagi amanah gunakan betul2.. jgn jadi munafik…
Siapakah pemilik syarikat yg menguruskan email itu?
bangang ke ape..kena bayar plak antar email antara agensi kerajaan…ada plak kerajaan duit nak bayar?
padahal suh berjimat la bagai..banyak duit kena potong, banyak jbtn kerajaan sesak pasal ni..sekali bleh plak kena bayar?hahahaha..
kalau tanya sesape pun yang pernah guna email, mesti katanya gila,bodoh dan takde otak..
tapi kalau tanya orang dalam yang buat tu, mesti depa kata bagus,tingkatkan ICT,memajukan negara..padahal dalam hati (bodohnya email ni..)
rasanya kalau mintak Google atau Yahoo review email ni mesti depa gelak guling-guling kat office..:P
Sudah ada yg percuma buat apa susah2 nak daftar myemel dikenakan bayaran 50 sen. Gmail paling best free.
hahahaha.. ROFLOL. mau lepas ni semua nak guna istilah bahasa pelik. dunia2..
stuju sgt ngn post ni….mbazir je projek email ni…email free blambak je ade so xpraktikal nk guna email ni lg…bkn projek kerajaan & xguna duit rakyat konon, abes tu celah mana korek duit nk byr 50sen/email??? ape kelebihan pakai email ni, cer citer cer citer….nk daftar pun kemain la susah, siap kene g jab. pdaftaran negara or bli alat lg…huhuhu….da tau PRU nk dekat, pndai2 la amik hati rakyat…ni makin bikin org hot aje….da la ni 1st time sy nk mengundi nnt, xtau nk pangkah mane….huhuhu
Ah, ini amalan biasa. dengan modal belanja dangdut RM3000 semalam, Bandaraya KL bolih kasi projek mengecat satu KL RM3 juta.takpayah modal, 60-40. 60 lu punya,lu cari orang,gua goyang kaki dapat 40 tak lumayan ke?.bolih tukar S Class Merc tiap2 tahun.ini baru mengecat.potong rumput kawasan serdang saja RM60k/bulan, mesti ada proxy beb, mesti YB.memang senang yg hidup senang diMalaysia.
Nampaknya satu lagi projek kerajaan yang akan mengurangkan undi BN pada pilihanraya akan datang. Syabas Kerajaan..
email ni juga ade kemungkinan utk digunakan as advertising medium..haha..nice la
satu lagi projek bodoh kerajaan Malaysia.
anak sedara aku boleh buat email kat Gmail 5 minit jer
Terima kasih bro.
Tak tahu pula email 1 malaysia ni kong kali kong rupanya.Projek penuhkan tembolok kroni. Huhuhu…
Hari-hari kita guna email percuma ok ape.
Banyak blog yang ceritakan pasal benda ni. Kena sebarkan apa yang orang tak tau biar sampai time mengundi nanti orang tak undi kerajaan ni. Kurangkan lagi majoriti mereka.
kurangkan majoriti, makna rakyat ada suara.
jika betul seperti apa yang diperkatakan memang ni projek yang tak masuk akal la kan.
so, apa lagi….jom pakat bertindak utk PRU akan dtg. kalau korang dh celik, jom pakat undi pembangkang pulak. aku mmg sakit hati dah sejak diaorg start main naik jer rege minyak, tk control kenaikan rege brg keperluan. tup…tup….guna duit rakyat utk buat 1email nih….panas ok!!! ni belum lagi dgn berita kt tv hari2 isu seks….duk tayang video tu kt berita. pas tuh anak aku yg darjah 4 tu pon sibuk tya diaorg tu buat apa tu?? seks tu apa?? bengang aku!! skrg dh tk blh galakkan anak2 tgk berita pulak. isu rakyat berlambak lagi, isu tu je yg jadik topik utama. ni belum lagi dgn isu pemimpin yg suka2 hati nk sumpah2 depan kaabah konon dia tu betul la. pemimpin skrg mmg tk blh buat contoh utk anak2 dah.
aku nih mmg tk minat politik langsung. kami suami isteri tk penah daftar langsung. tp thn nih aku rasa kerajaan dh melampau sgt, so aku dgn suami semangat nk daftar utk mengundi dah!!! cam nih tk blh jadi…..sori la yer, mak emosi sikit!!!
Takpe2. Memahami. Setuju dengan hal tengok berita tu. Dulu kecik2 suka tengok berita, macam dapat belajar sesuatu pasal dunia. Mak ayah pun galakkan. Tapi berita sekarang, adoi… Memang dah tak sesuai nak tayang untuk budak-budak. Kesian la kat mereka, kita nak kasi mereka tonton berita supaya pemikiran lebih matang dan terbuka pada dunia luar, tapi ada pulak tayangan-tayangan ‘perdana’ ni. Memang satu kebodohan. Rosak minda budak-budak. Sama jugalah dengan surat khabar.
Saya pun takdelah sokong mana-mana, tapi kalau sampai macam ni kebodohan dia, memang kena tukar kerajaan.
Haha…
rasionalkah?…
Kakitangan awam nanti wajib dalam paksa….
in simple words, email ni nak sampaikan apa yg kerajaan bagi kepada rakyat. actually pada pandangan saya projek email ni macam facebook la. Semua maklumat peribadi kita dia simpan dan ada satu akaun untuk kita. Apa-apa bil dan kemudahan kerajaan nak bagitau kat rakyat semua guna email. Rasanya lah. tapi serius tak perlu benda ni. Oh, lupa pula. Najib Razak suka main internet, sama macam Anwar Ibrahim. So canggih u know? haha
ha..ha..ha..ha… bila tima pilihan raya boleh broadcast kempen besar-besaran dalam senyap… dengan ayat yang menusuk kalbu, dulu kini dan selamanya…
memang orang bodoh je yang sokong projek email 1malaysia ni.
ada ke orang sokong?
dah nampak jelas duit rakyat bagi kroni…
memang pelik BIN ajaib!
macam akde projek lain je kan yang boleh menguntungkan rakyat…hmmmm.. itupun diorg tak boleh pikir..
baru aku tahu maklumat lanjut pasal email ni, memang tak masuk akal. nak kait untung apalah dorang ni. melampau sungguh, sampai email jadi projek. ades, takda projek lain ke?
zu yakin, nanti mesti banyak email spam dari kerajaan. Nak mesra rakyat la konon. Sebenarnya nak tambah pendapatan kroni.
50sen tu kerajaan yang bayar.? Bunyi macam sweet je. Macam tak guna duit rakyat. bukan ke duit kerajaan datang dari duit rakyat?. jem betul la diorang ni.
Aku tak menyebelah mana-mana parti. Tapi bak kata marhaenkacak tu, biar aku bagi hint sikit walaupun ramai yang dah tau. Sejumlah saham Tricubes ni CIMB yang pegang. CIMB siapa yang pegang? ehem..
Aku kecewa sebab lebih baik gunakan dana tu untuk tingkatkan servis internet antara yang termahal di Asia ni. Sudahlah mahal, lembab pulak tu. Macam yang kau kata, kalau buat wifi percuma di tempat awam pun jadi la…
diorang baru tau kot kat dunia nie ada emel.. zzzzz.. 50 sen, kalo ngan 5.4 juta orang bleh dalam 25 juta untung.. jahat nak mampos..
duit tu gune nk menggemukkan rosmah dan rambut dia.. :))
kenapa tak boikot besar besaran kt luar? i mean bkn setakat kecoh kt sini je. bukan semua tahu pasal ni kan.. kena sebarkan melebihi dunia maya nie. hmm..
bese le tu projek kroni
nk buncitkan perut2 kroni
dan yang paling membencikan adalah, takde sape boleh halang.diorg suke2 buat plan, suke2 je launch plan, walaupun sume org tak puas hati, plan2 takde point camni akan terus jalan.takde control dah negara ni.takde kebebasan suara.fungsi pembangkang untuk tunjukkan kesalahan diorg, tp kene seal pakai ISA & media. pembangkang pun tak teratur sangat. beb, gua penat
kenapa tak boikot besar besaran? i mean bkn setakat kecoh kt blog fb etc jee. bukan semua golongan tau psl ni kan.. hmm..
apa yang nak diboikotkan? apa yang aku boleh buat adalah menghebahkan benda ni kat blog je. Nak undi xboleh sebab overseas..
Memacam cara direkacipta, asal dapat ‘membisneskan’ sesuatu. Kalau ada yang percuma, ape kenenyalah nak yang berbayor. Dah terlebih bijak kot. Tapi jangan ingatlah semua orang tak sedar dan tak faham apa yang ada di dasar tu.
Kelakar tak bertempatlah cerita cerita yang satu nih!..Oh Malaysiaku…
Satu pembaziran yg nyata..jab2 kerajaan semuanya dah ada email sendiri..buat per lg nak guna email yg mengarut tu…
diorang pandai nak kencing rakyat der..haha
Kaya la “anak branak” mereka lepas ni…
btol tu. 5kupang tu pakai duit rakyat gak. bukan duit bapak najib. (hish marah le ni)
Jumlah kakitangan awam dah mencecah 1 juta.
macam ni sebulan hantar satu emel jer pun dah masyuk.. 500k masuk akaun..
makin buncit la diorang ni.. bila buncit, salahkan nasi lemak -___-‘
projek membazir banyak lagi yang boleh di buat .. tak perlu adanya email 1malaysia …
memang tak setuju langsung dengan projer tuh … sekian terima kasih…
mengikut apa yg aku faham, caj yg 50sen setiap email tu kerajaan nak hantar email pada rakyat. contohnya nak spam selamat hari raya, Happy CNY, Happy Deepavali, Merry Christmas dan jugak email macam nak sahkan yg permohonan utk keluarkan duit EPF dah lulus dan sebagainya. but still caj tu adalah perkara bodoh dan atas dasar untung semata2.
hahahah… kalau rasa company tu sengkek bulan ni, dia suruh la spam apa-apa kan. Pastu gov bayar.. Bagus2. Bijak betul dia punya strategi.
0.50 nampak lekeh tapi kalau sehari beribu2 email dihantar tak ke kerajaan rugi banyak tuh kena bayar kat tricubes…
Tapi perasan tak, keluar je video anwar part 2, rakyat terus lupa isu penipuan email 1Malaysia tricubes eh…nampaknya rakyat lagi amek kisah pasal Anwar maen ngan china doll daripada duit dirompak tricubes terang terangan
Itulah gunanya media ni. Kalau satu benda naik, dia alihkan perhatian rakyat ngan benda lain. Lama-lama orang lupa..
kerajaan mmg ada udang di sebalik batu..
ini..ini..ini bangang !
bersungguh statement ni.. haha.. nape kita pnye maklumat internet diorang nak tau?..tu persoalannya..
memang idea diorg mengarut..igt rkyat bodoh kot..
ini idea paling “bijak” yang pernah saya dengar sejak saya dilahirkan dimalaysia ini..syabas. syabas!
aku sokong projek ini membazir..dah ada yang percuma buat apa nak kena bayar? 1 email 50 sen. Kalau sehari hantar 1000 email, dah guna rm500 duit rakyat.. rm500 itu lebih baik bayar dekat syarikat “kroni” Celcom atau TM untuk wifi sebulan..confirm laju..
aku rasa ni untuk mengelakkan masalah email gov yang kadang2 asyik nak bounce balik kerjanya. tapi.. kalau
satu email = satu kuih karipap
TERbaek~
dengan projek ni lah makin ketara dan terserlah sikap org -pentingkan kroni-tamak-gila kuasa-arrgghhh makin geram geram geram!!!
ni ulasan peribadi aku kat idea bangang ni
http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/04/email-1malaysia-dimana-relevannya.html
dengan idea yg bangang lagi bangang ni buat aku menyampah dengan politik..x kira kerajaan ataupun pembangkang..semua sama..yg diperbodohkan rakyat2 kampung jugak..yg xtau pakai internet camne jib??hahaha..adoi..camne la malaysia 10 taun akan datang??kena pindah negara ni..huhuhu
betul, setuju sgt. ayah aku dok bising suh aku mdaftar tp anaknye ni xtahu nak undi mane 1..muak gila..
hehe..aku rasa dah lebih 40 org yg ckp bangang pasal projek ni..x lama jdi bangang la projek ni..hahahaha
muka tebal sangat company ni. dah kantoi terang2 nak kaut untung berani lagi diorang ni. teruk betul.
kadang2 rasa marah sangat sampai rasa nak lari je.. apesallah diorang ni teruk sangat aku pun tak tau..
memang sangat la banggang.. kalau duit tu bagi kat orang susah ke atau buat projek lain pun lagi bagus.. sangat banggang..haish.. geram nieh
Projek yang paling bodoh semesta alam. Kalau buat projek WiFi percuma dengan kelajuan 1GBps, kan lagi bagus?
yup setuju.buat projek wifi,bagi sume rakyat nikmati kemudahan dgn lebih baik.confirm x kena maki mcm ni. bangang!
sokong. russia yang banyak rasuah ni pun boleh kasi internet yang tak bermasalah. ini internet pun tiap2 hari ada je problem, dah launch projek yang entah apa2 macam ni
x penah nk dgr kemahuan rakyat….
lain yg kite nk, lain yg dorg buat…
membazir duit je….
pakai gmail lg bagus.. free jek..
you will realize how “brilliant” that move when you see the total picture of it.
bravo to the kroni related.
tak payah la nak berkira sangat..50 sen je kot..LOL
ape function RM0.50 tu? tampung duit server? LOL
ni bukan email, ni eduit. Mesen duit otomatis dalam bahasa MLM :P
nanti diorang letak iklan NUFFNANG untuk buat income lebih. LOL!!
hahahahaha….ntah2 ada btul nnti..depa kira apa…^^
YEAH! mesin duit…. tepat sekali… haha
aku rasa email 1Malaysia ni idea paling bangang yang kerajaan pernah buat..
Biasalah bro.. kalau nak menipu, biarlah pada orang kampung.. Kalau org bandar yang berpengetahuan IT nih, jawabnya mmg xmao daftarla.. Nak cari untung pun biarlah bertempat.. Bila dah jadi camni, habis diorg kena tempias..
RM0.50 kali ngan 4 juta.. Kayo pakcik..he3
esok aku balik kampung mau ayah aku tanya camana nak on pc….
mmg pakcik kayo la… yang pasal saham tu dah sah2 insider trading… melibatkan orang besar lak tu dalam kerajaan…
Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!