50% Diskaun Untuk Pembelian App Dengan CIMB Kwik

Reading Time: 2 minutes

kwik

Inilah masa yang paling sesuai untuk beli app dari iTunes Store atau Google Play.

Susah sebenarnya nak beli apps pada harga diskaun. Biasanya apps akan diberi diskaun pada musim perayaan tertentu seperti Krismas dan Thanksgiving. Disebabkan harga apps dalam USD, tak ramai yang mampu beli apps yang bagus sebab harga mahal lepas tukaran matawang.

Baru-baru ni CIMB ada menawarkan diskaun untuk setiap pembelian app samada di Google Play atau iTunes Store dengan menggunakan akaun CIMB Kwik. Diskaun yang diberikan adalah sebanyak 50% daripada harga app dengan nilai maksimum rebet yang boleh korang terima ialah RM10 untuk setiap app.

Setiap bulan (sehingga 28 Febuari 2014), dua app yang dibeli dengan menggunakan akaun CIMB Kwik akan diberikan rebet 50% ini dan setiap pembukaan akaun CIMB Kwik yang baru pula akan diberikan RM10 untuk pembelian app dengan menjadikan jumlah rebet keseluruhan yang korang boleh dapat ialah RM50. wow! Banyak tu!

runmeter

Sempat mengambil kesempatan terhadap tawaran ini dengan membeli app Runmeter dari iTunes Store. Runmeter ni guna dia untuk mengumpul data seperti jarak, kelajuan, kalori yang dibakar serta pelbagai lagi maklumat lain yang berguna untuk memperbaiki prestasi larian saya. Dah kawin ni kena rajin sikit bersenam untuk mengelakkan ‘mengandung’ terlebih awal daripada isteri.

So jangan lepaskan peluang ni. Ikut je arahan kat sini untuk dapatkan rebet korang. Sekaranglah masa yang paling sesuai nak beli app yang berkualiti daripada Google Play atau iTunes Store.

More info:


Posted

in

by

Comments

7 responses to “50% Diskaun Untuk Pembelian App Dengan CIMB Kwik”

  1. Jenny Avatar

    Kena survey dulu..but anyway thanks for the info..

  2. Juan Avatar

    aku dah lama tgk kwik ni kat cimb online ni, tp x tau apa benda nya

  3. Hafiz Rahim Avatar

    Buat masa sekarang tak tahu lagi nak beli app apa..mungkin kena survey dulu tengok. hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena cepat. Nanti offer tamat

  4. eXplorasa Avatar

    satu tarikan baru daripada CIMB untuk memperbanyakkan pelanggan kwik. sy pun belum ada akaun kwik

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nak buka akaun Kwik ni mudah je. Tak payah pergi cawangan langsung

  5. sohoque Avatar

    waahhh.. nak kena bukak akaun kwik jugak ni