5 Sebab Kenapa Idea Menulis Blog Tak Datang

Kita selalu bincangkan tentang cara mencari idea untuk menulis blog, tapi lupa akan faktor yang menyebabkan takde idea nak tulis blog. Jadi apa yang menyebabkan takde idea nak tulis blog ni?

Terhibur dengan perkara lain

Kalau diri kita terhibur, maka takde kebosanan. Kalau bosan maksudnya tak terhibur, kan?

Jadi bila ada benda yang boleh menghiburkan hati, keinginan untuk menulis tu takde. Idea nak tulis pun tak datang.

Tapi apa yang membuatkan kita terhibur tu pun sebenarnya boleh dikongsi dengan pembaca lain di blog sendiri. Kan dah ada poin nak update blog macam tu.

Takde masa nak tulis blog

Bila masa tidak diluangkan untuk sesuatu, maka kita mungkin akan melupakan perkara tersebut dan blog sendiri tidak terkecuali.

Contohnya sekarang aku meluangkan masa sepanjang hari menonton siri Burn Notice (highly recommended), jadi idea tak datang.

Idea untuk menulis entri ni datang semasa aku dalam perjalanan pulang dari bandar tadi. Bila kita fikir tentang apa yang nak ditulis atau teringat yang kita ada blog untuk diupdate, idea akan datang.

Bosan dengan isu semasa

Isu semasa sekarang adalah blogger gila trafik dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Isu ni memang tiap-tiap tahun wujud sebab ia adalah sebuah bulatan kehidupan blogger di Malaysia.

Blogger baru akan lebih cenderung kepada aktiviti gila trafik, kemudian ditegur oleh blogger yang agak senior dan rantaian ini akan berulang selagi wujud blogger baru setiap tahun.

Isu berulang macam ni memang membosankan. Kalau dah pernah tegur isu sama, takkan nak tulis lagi? Malas la macam tu.. Bila malas nak layan, idea nak menulis pun takde.

Emosi tak stabil

Kalau tengah marah ataupun menghadapi tekanan di tempat kerja/belajar, memang idea takkan datang sebab kita perlukan masa untuk cool down dari segala kecelaruan minda yang melanda.

Biasanya waktu emosi tak stabil ini adalah waktu yang paling sesuai untuk tidak menulis blog untuk mengelakkan apa-apa statement bodoh yang mungkin bakal ditulis dalam blog.

Tiada pengaruh luar

Kadang-kadang kalau kita tak terdedah kepada benda baru dalam hidup, semuanya akan jadi bosan. Kalau concentrate pada sesuatu topik je untuk update blog pun memang membosankan. Bila bosan, takde idea.

Sebenarnya tak perlu pun benda baru. Kalau asyik duduk depan komputer hari-hari tak keluar rumah pun minda kita akan terbiasa dengan kehidupan yang terhad macam tu. Bila minda terbatas dengan rutin harian, pemikiran tak berkembang.

Cuba lakukan sesuatu yang lain. Pergi ke tempat yang belum pernah pergi, baca genre buku atau akhbar yang tak pernah dibaca. Mungkin tulis entri lain, luar daripada apa yang biasa kita tulis. Aku pernah menulis entri tentang memasak and some people liked it.

Apabila minda didedahkan dengan perkara baru dalam hidup, pastinya idea baru juga akan wujud.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

62 Comments