Sebelum kita proceed, korang tau tak sekarang ni sedang berjalan satu competition kat Denaihati yang menawarkan hadiah berupa dua buah laptop Acer? Hoho.. senang je nak menang. Nak tau details dia baca Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma. Selain daripada itu, Denaihati ada menyediakan hadiah kejutan untuk peserta yang layak pada bulan-bulan tertentu. So cuba try jelah masuk. Siapa tahu kan nasib korang macam mana.
Tahniah kepada yang peka kat entri Perrgghhh aku, bungkusan yang aku dapat itu adalah sebuah MacBook Pro 13″ basic spec. Steve Jobs kasi sebagai penghargaan sebab buat entri Apple Store tempoh hari. Aku beli supaya senang nak teruskan aktiviti berblogging masa cuti ni. Kat Moscow selama ni guna PC je.
Jadi sebelum aku bukak kotak MacBook Pro tu, idea gila datang.. Apa lagi yang kita boleh buat dengan sekotak MacBook Pro berharga Rm3599?
Alas Tidur Kucing
Ni kucing aku, nama dia Moshi Moshi. Suka keluar malam-malam tangkap binatang lain yang dia boleh tangkap. Sebelum ni tangkap cengkerik, lipas. Sekarang ni dah boleh tangkap burung. haha~ Moshi suka lepak atas kotak MacBook Pro ni. Kadang-kadang sampai boleh tidur lena. High taste.
Coaster
Malaysia memang panas. Berpeluh-peluh. Kena minum air sejuk selalu. Jadi disebabkan ada benda mahal ni, sekali sekala gunalah coaster yang mahal sikit kan. hehe..
Leg Support
Boleh pulak adik aku guna benda ni sebagai leg support masa tengok TV. haish.. =_______=’
Bantal
Long haul flight memang memenatkan. Sampai je tadi aku terus potong rambut. Panas punya pasal, habis berminyak muka. Jerawat dah naik balik. Adeh~ Jadi MacBook Pro ni boleh dibuat bantal gak. Terlelap la kejap tadi. haha~
Papan Alas Memotong
Aku biasa tolong mak aku kat dapur. Itu sebab aku ni cepat belajar nak masak something. Dah biasa masuk dapur. hoho~ Potong bawang beralaskan MacBook Pro membuatkan masakan tu rasa lebih ‘mahal’.
haha.. itulah yang aku dapat fikirkan. Kalau korang, apa benda gila yang korang akan buat?
54 thoughts on “5 Fungsi MacBook Pro Yang Tidak Pernah Diketahui”