4 Perkara Yang Aku Menyampah Dengan WordPress

Agak bosan dengan entri memuji WordPress, jadi kali ni aku nak ceritakan susah payah dan penat lelah dalam penggunaan platform blogging ni. Hebat macam mana pun seorang blogger/web designer tu memang pada satu tahap dia akan bertembung dengan satu halangan besar dalam pembuatan blog atau laman web menggunakan WordPress ni. Memang boleh sampai tahap pecah kepala punylah. Jadi apa susah payah dia dalam penggunaan WordPress ni?

  1. Hosting. Kalau dah guna WordPress, pemilihan hosting tu memang penting. Hosting mesti stabil dan boleh diharap. Masalahnya, hosting ni manusia jaga jadi ada elemen ketidaksempurnaan di situ. Kalau guna hosting luar negara daripada syarikat yang dah lama bertapak, ada risiko serangan hacker secara besar-besaran dan kalau guna hosting tempatan, erm… faham-faham jelah masalah dengan syarikat hosting kita. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Pilih la macam mana sekali pun, cuma janganlah sampai terpilih syarikat yang dah sememangnya buruk prestasi dia.
  2. Rekabentuk blog. Bila dah keluar duit bayar hosting dan domain, mesti nak buat blog yang cantik. Kalau boleh blog nak nampak cool jer. Masalah timbul bila kita ni jenis yang buta dalam coding php dan css. Imaginasi dah hebat, dalam kepada memang nampak cantik je tapi bila nak realisasikan semua tu, hampeh. Kalau yang dah tak tau langsung nak edit sendiri tu, terpaksalah berpuas hati dengan theme yang ada je. Yang bertuah dapat la cari premium WordPress theme mana-mana.. Memang best sebenarnya kalau ada premium theme ni sebab walaupun kita ni pengetahuan cetek habis, masuk kat forum developer boleh minta diorang tunjuk ajar macam mana nak buat itu ini.
  3. Loading speed. WordPress ni kompleks sikit tapi kompleksiti tu yang membolehkan WordPress ni buat macam-macam. Benda yang macam-macam ni buat site load lambat sikit. Kena fikir pulak macam mana nak buat supaya blog ni load cepat. Kalau pasang CDN, kena pastikan konfigurasi dia sesuai dengan blog.
  4. Spam dan spam. Banyak ah spambot masuk ke blog kalau guna WordPress ni. Lagi banyak bila kita letak widget pelik-pelik kat blog, lagi senang spambot cari blog kita. Lagi sekali, hebat macam mana pun plugin antispam tu manusia buat, mesti ada yang mampu menghasilkan spambot yang lebih hebat dan cerdik. Kalau dah jadi sasaran tu, tiap-tiap hari berpuluh kalau tak beratus spam masuk. ish.. Spam boleh dilupakan tapi bila komen manusia pun masuk spambox sebab IP dia plugin tu dah blacklist, dah jadi satu benda leceh nak approve komen tu satu-satu.

Apa-apa pun ni hanya entri rintihan hati je sebab sejak kebelakangan ni aku menghadapi beberapa kesukaran. Aku ni takdelah hebat mana walaupun aku tulis pasal Tips Berblogging. WordPress masih lagi pilihan aku berbanding blogger.com sebab kebolehan WordPress memberikan macam-macam feature yang aku perlukan.

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

68 Comments