2018

Sempena tahun baru, saya nak set halatuju content dalam blog ni. Rasanya lebih ramai ramai orang tahu ke mana saya nak pergi dari sekarang.

Perkara pertama yang saya nak ketengahkan adalah pelaburan saham. Seperti mana saya galakkan ramai orang muda menceburi pelaburan hartanah dulu, seperti itulah saya nak galakkan golongan muda yang baru bekerja untuk melabur dalam pasaran saham. Cuma kaedah pelaburan saya lebih kepada low risk, high return dan fokus kepada pelaburan jangkamasa panjang dan berkekalan.

Kalau anda kerja makan gaji, ada duit lebih nak melabur dan nak belajar melaburkan duit dalam pasaran saham dengan betul, follow this blog.

Kenapa saya buat ni? First reason adalah sebab ramai yang saya jumpa tak kira tua atau muda masuk ke pasaran saham dengan mentaliti nak beli saham hari ni untung esok. I’ve been here, done this dan apa yang saya boleh katakan, cara ni tak sustainable untuk mereka yang makan gaji dan belum cukup pengalaman.

Sebab apa? Pertama, keberkatan. Kalau tengah kerja sibuk curi-curi tengok saham untuk key in trade, memang banyak dah silap kat situ. Kalau untung pun, tengoklah untung yang dapat tu tak tahan lama. Lagipun ikut logik la, tengah bekerja cari pendapatan dan kejar karier tapi sibuk buat benda lain untuk cari duit lebih akan jadi tak fokus. Attitude masa kerja terjejas sekaligus melambatkan anda nak majukan karier anda dan pada masa yang sama fokus untuk trading saham pun terganggu, menyebabkan lebih banyak kesilapan dilakukan.

Bagi yang makan gaji, no problem nak invest dalam saham. Caranya mudah, beli dan tunggu. Itu keistimewaan fundamental analysis dalam saham. Anda hanya beli saham yang undervalued dan tunggu market discover dan appreciate saham tersebut sehingga mencapai value yang sepatutnya.

Perkara kedua, personal content. Walaupun jarang nampak sebab saya lebih suka update Instagram @shahariff (itu pun jarang) pasal personal stuff, tapi kadang-kadang ada. Blog ni masih lagi blog personal, jadi kalau tak minat boleh skip dan tunggu content yang anda nak. Selalunya personal blogpost saya tak announce di Facebook, itu kalau anda sedar la.

Perkara ketiga, sponsored content. Saya terikat dengan Nuffnang sejak setahun yang lalu. So far, so good. Walaupun tujuan utama blog ni dibuat dulu bukan untuk buat duit, saya bertuah sebab dapat peluang ini. Terima kasih kepada anda semua. Seperti anda, saya pun ada komitmen sendiri dan pendapatan blog ni membantu. So harap dapat kerjasama dan beri laluan kepada sponsored content di blog saya. Paling terbaik kalau anda dapat berikan sokongan dengan membaca sponsored post seperti post-post lain dan lawati laman web penaja. Sangat-sangat membantu.

Duit daripada sponsored content sangat membantu sebenarnya untuk mencapai objektif pertama saya. Daripada income blog saya boleh invest lebih banyak dan boleh hasilkan lebih banyak content berkaitan pelaburan saham. Win-win.

Disebabkan tahun ni ahli keluarga saya akan bertambah, jadi kuranglah blogpost pasal travel. Blogpost travel Morocco dulu pun tak habis lagi sebenarnya, so expect throwback blogpost from time to time. Blogpost pasal travel ni penat sebab nak edit gambar yang banyak, jadi sabar jelah menunggu kalau anda datang ke blog ni untuk baca pasal travel.

As always, saya harapkan yang anda akan dapat sesuatu bila masuk blog ni. Thanks for reading. Happy New Year!

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments