2016 memang laju.
Awal tahun set up company, sekarang dah pening fikir nak set up untuk GST sebab dah masuk kategori layak mengutip GST bagi pihak kerajaan. Besar tanggungjawab. Besar jugak akibatnya kalau ada salah dan silap. Sepatutnya treshold untuk GST ni dinaikkan kepada RM1,000,000 dan bukan RM500,000 macam sekarang. Untuk company retail, RM500,000 tu sebenarnya sekejap je boleh capai dengan bilangan staf yang kecil.Soal margin tak tentu lagi la. Untuk syarikat yang purely services RM500k memang sesuai.
Bila ada anak, memang semuanya laju sebab fikiran, tubuh dan sepenuh masa fokus pada anak. Anak dari merangkak masa awal tahun hari tu sedar-sedar dah boleh melompat sekarang. Bersyukur sangat-sangat sebab sejak berhenti kerja ni, almost 24/7 dengan anak. Play school Naurah pun bawah ofis je, anytime nak intai-intai boleh. Alhamdulillah. Memang dari dulu lagi, nekad tak nak cari kerja yang membuatkan saya terpaksa tinggalkan anak dan isteri. Alhamdulillah. Sampai sekarang doa termakbul, anak isteri depan mata all the time.
Salah satu cabaran berbisnes adalah copycat. Competitor ok lagi sebab boleh bersaing secara sihat, tapi copycat ni membuatkan kita rasa meluat dan nak muntah tengok golongan ni. Dah macam takde idea sendiri nak come out with something. Semua benda kita buat dia tiru. Tapi takpelah. Pak mertua cakap orang pandai je yang buat bisnes. Memang ada betulnya. Insha Allah ada yang boleh diusahakan untuk overcome this problem.
2017 katanya tahun sakit.
Enam bulan pertama tahun ni akan sakit sikit untuk orang kebanyakan. Property market pun masih slow. Ada yang kata tahun ni tahun kemuncak pasaran hartanah slow. Yang ada kemampuan boleh cari peluang sebab bila yang slow tu dah stop, pasaran akan mula rancak balik. And you don’t want to be left behind when that happens. Since I’ve sold one and ada kuota lagi satu untuk 90% loan, will I buy one? Yes, if I found the right one.
Pilihanraya most probably tahun ni. Expect politicization on everything. Make sure you vote.
Pasaran saham lemau tapi akan pick up sebab foreign investors akan masuk semula. Dalam apa keadaan sekali pun, pasaran saham still ok if you are being very selective and know where to look. I personally don’t actively trade, but still peeking at certain stocks.
Business wise, tahun slow usually means bad for business. But doing business also means that you have to always innovate to create/open up new markets. That’s what we’re doing this year. If survive this year, then next five years will be smooth sailing.
Will travel to a new continent this year (yeay!). Too bad it’s not long enough though. Just one trip confirmed, not sure about any others this year. Kalau ada rezeki, adalah. Follow me on Instagram sebab masa travel je active. Other times, sendu. haha..
Hopefully all goes well this year even though not according to plan. At this age, you have to acknowledge that what you plan for the year will never always materialize. It’s either you fail to achieve it or it being replaced with something else. Just go with the flow and pray for the best.
9 Comments
mobi
18 January, 2017 at 2:13 pmaku dah jd pembaca tegar arifshah. thnx banyak bg tips
yona
13 January, 2017 at 2:54 ammudah-mudahan 2017 menjadi tahun yang baik untuk kita semua. amin
siti hazreen
5 January, 2017 at 8:21 pmyep, 2017 maybe pilihanraya…vote jangan tak vote hehe
Nurol Huda
4 January, 2017 at 11:24 pm2017 insya-Allah bertambah murah lagi rezeki. Rezeki untuk anak-anak juga, semangat kerjaya pun semakijn tinggi.
eazaq ....
3 January, 2017 at 2:11 pmTahniah tuan kerana berjaya terjun ke bidang sebenar yang boleh mencabar kebolehan diri sendiri to the max. Tahun 2017 agak mencabar juga, tapi insyaALLAH pasaran saham akan rebounce balik. Good to hear that.
rahimah majid
3 January, 2017 at 9:39 amFokus marketing dan hot item sahaja tahun ni. Tahun 2016 dah nampak produk mana kena fokus untuk 2017.
norminhm
3 January, 2017 at 1:27 amAlhamdulillah.. anak isteri amanah Allah..
Tq bagi semangat dengan bebelan
2017.
akubiomed
3 January, 2017 at 12:23 amSelamat tahun baru 2017. Dah berkerja sendiri eh?
Ariff
3 January, 2017 at 9:11 amAlhamdulillah. Dah. Since Ogos