2014

Reading Time: 2 minutes

2014_

What to expect in 2014? Tiga perkara ni saya jangka akan berlaku dalam tahun 2014.

1. Indeks jenayah meningkat. Kalau 2013 kita dah saksikan masalah jenayah seperti pecah rumah, ragut dan macam-macam lagi meningkat, expect masalah ni akan jadi lebih teruk tahun depan. Dengan keadaan ekonomi pada 2013 pun dah teruk, saya tak boleh nak bayangkan macam mana 2014 nanti.

Tahap kesihatan ekonomi rakyat ni berkait rapat dengan indeks jenayah. Semakin teruk rakyat ditekan, mereka semakin lama semakin terdesak hingga sampai satu tahap di mana mereka sanggup melakukan jenayah semata-mata untuk survive especially untuk mereka yang hidup di bandar.

Kepada sesiapa yang selalu keluar rumah sorang-sorang tu (especially ladies) berhati-hatilah.

2. Macam-macam lagi akan naik. Seperti harga minyak, bila kadar tol naik efek dia memang menyeluruh. Saya hanya boleh bersyukur highway yang saya guna nanti semuanya highway PLUS, jadi takde kenaikan. Kesian kepada yang lain.

Kesan yang paling ketara adalah kos makan di luar. Makan kat luar ni maksud saya bukan makan sedap-sedap kat restoren 5 bintang, tapi makan kat warung biasa waktu breakfast & lunch untuk pekerja 8-5 macam saya. Kalau dulu RM6.00 dah cukup untuk lunch, 2014 silap-silap minimum RM7.00 untuk nasi dan dua lauk. Kedai mamak? Memang kena ketuk at least RM8.00 untuk lunch.

Yang paling kesian lelaki bujang yang nak kahwin tahun 2014. Kalau dulu RM15k – RM25k dah cukup untuk sebuah majlis yang ok, next year expect untuk keluarkan at least 15% daripada kos sekarang. Sakit… Bersyukur sebab majlis saya dah settle.

3. Saham. 2014 ni tahun pasaran saham Malaysia melonjak ke paras tak masuk akal. Fenomena ni nanti jadi macam tahun emas masa 2012 dulu. Belilah apa-apa saham syarikat yang ada business dalam Oil & Gas, boleh kata 90% dijamin bagi pulangan at least 10% tahun depan. Awal tahun 2014 ni adalah waktu yang paling cantik untuk mulakan pelaburan saham.

Jangan dah pertengahan tahun nanti bila semua orang kat kedai mamak cerita pasal saham baru korang nak masuk beli. Masa tu dah terlambat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

18 responses to “2014”

  1. Rina Avatar

    Di akhir tahun 2013 saja sudah ditandai dengan kenaikan harga pada 2014
    Nampaknya tahun ini biaya hidup akan semakin tinggi, tandanya bagi kita harus usaha ekstra keras :)

  2. Mohd Isa Avatar

    yang no.1 tu ada logiknya, dah semua naik mungkin indeks jenayah juga naik. takut juga aku dibuatnya. yang no.2 alhamdulillah aku duduk perlis tak jadi masalah mengenai tol, makan pun boleh tahan lagi. yang no.3 tu rasanya kena belajar dengan ko. aku tak berapa pandai sangat. sudikah dikau menjadi sifu kepada aku? hehe

  3. mashyum Avatar

    Salam..Bro Ariff..

    Thanks for the nice advise..2 la kan..bgus gak kalau ada ilmu nk beli saham ni..buat la class bro??

  4. Mohd Haniff Shahri Avatar

    Minat nak belajar/tahu lebih lanjut pasal saham. Tapi clueless nak start camne.

  5. hazman aka species1980 Avatar

    Memang tahun kena kawal perbelanjaan dan cari usaha tambah pendapatan

  6. hatiputera Avatar

    Boleh sertakan contoh saham oil dan gas yang sesuai untuk dibeli?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Barakah, umwog, skpetro.

      1. hatiputera Avatar

        Terima kasih bro kerana bagi contoh.

  7. nazra Avatar

    yang saham tu info baru. memang sangat bagus lah kalau nak mulakan belian saham macam tu. arigato! ^_^

  8. Syahril Hafiz Avatar

    starting saham untuk beginner mana yang bagus ah?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau tahun 2014 diorang cakap tarif elektrik naik, maka belilah saham tnb.

  9. Ahmad Ijat Avatar

    Tahun depan baru nak stat blajar main saham. Biar lambat, asal selamat. :)

  10. akubiomed Avatar

    Terfikir masa depan anak cucu yang semakin mencabar.

  11. Hafiz Rahim Avatar

    Okay..nanti aku bukak CDS akaun. Hehe

  12. ohcikgu Avatar

    jom main saham plak lepas ni. hehe..

  13. eyriqazz Avatar

    bila nak ajar saya saham ni bro?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hm.. Nak buat class tapi don’t know where to start.

  14. MK Kimi Avatar

    Aku kahwin tahun depan beb. Awal2 lagi dah rasa perit ni…. $$$