2 Gadis, 1 Makcik & Rokok

Shopping complex kat KL ni dah raya seawal minggu pertama puasa.
Memang agenda kapitalis

Semalam masa lepak kat Curve, terpandang pada satu kumpulan ni. Ada empat orang terdiri daripada dua orang gadis umur 20-an, seorang wanita yang memakai tudung dalam lingkungan umur 40-an dan seorang kanak-kanak perempuan. Kurang pasti apa hubungan di antara mereka, nampak macam anak beranak.

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk memerhatikan mereka adalah apabila kelihatan dua orang gadis muda tadi mula menyalakan rokok seorang sebatang. Pemandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa di Moscow, tetapi pada saya, bukan di sini, Malaysia di mana budaya masyarakat kita yang sentiasa menerapkan nilai murni dan sopan santun.

Persoalan saya yang seterusnya ialah, adakah makcik ni tadi akan melakukan perkara yang sama, menyalakan sebatang rokok untuk dirinya juga. Persoalan tadi akhirnya terjawab apabila wanita tersebut mencapai kotak rokok dalam beg tangan gadis muda. Namun belum sempat rokok dinyalakan, si gadis kecil dengan smartphonenya melangkah kehadapan mereka untuk menangkap gambar ketiga-tiga orang dewasa ini. Rokok di tangan mereka terus disembunyikan daripada pandangan kamera.

Malaysia dah maju. Dulu kalau perempuan nak hisap rokok, mesti menyorok tak bagi orang nampak. Sekarang, tua, muda, bertudung ataupun tidak, mereka tidak lagi segan untuk menghisap rokok di khalayak umum.

Saya tak cakap salah tak mahu memberikan justifikasi samada apa yang mereka lakukan tu salah. Nak hisap rokok, hisaplah. Rasanya semua orang dah sedia maklum apa yang datang kalau hisap rokok. Cuma pendapat saya adalah lebih kepada imej yang dibawakan oleh ketiga-tiga wanita ini tadi disaksikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum matang itu.

Bukankah itu satu kesilapan?

 

Comments

  1. says

    Saya biasa melihat perempuan-perempuan tua menghisap rokok cap kuda putih. Tak tau la rokok tu ada lagi ke tak sebab skrg ni yg saya lihat rokok cap paru-paru rosak. Saya boleh menerima perempuan tua bertaraf nenek menghisap rokok. Tetapi apabila perempuan muda 40 an ke bawah hisap rokok, ianya lebih menjurus kepada imej jalang.
    Entri terbaru Tho Ha >> GELAS MELEKATMy Profile

  2. says

    Standard nak kurus for modern girl. The Aunty probably wear tudung during fasting month sebab feeling guilty or maybe just to respect the Ramadhan. Just assume.

    Just tarik nafas,sedut, hembus. Much more fun and fast compare to diet and exercise. Stress pun hilang
    Entri terbaru Mohd Adziim >> Rant 36 : On CallMy Profile

  3. says

    Selalu sahaja melihat perkara begini…Tidak menjadi satu perakara yang pelik.

    Tapi jauh di sudut hati, berdoa agar mereka berubah. Itu sahaja yang termampu kita lakukan.

    • says

      ada yang lagi power, dukung anak..duit kt tgn anak..bli rokok..suruh anak tu bg duit kt tokey kedai..ada yang suruh anak kecik2 trus pg bli…

  4. says

    Rokok adalah satu agenda yahudi yg plg tersembunyi. mereka pemilik kilang rokok yahudi telah mengangkat sumpah yg mereka tidak akan menghisapnya sebab tahu natijahnya.ada kurang lebih 4000 bahan kimia merbahaya dalam sebtg rokok. benci rokok! fatwa kata haram. tp masih tiada yg peduli. berjaya sungguh golongan kapitalis ni td. bodohnya kita.

  5. says

    Imej yang kurang menyenangkan dan agak negatif. Tidak seharusnya dilakukan didepan kanak-kanak. Tanggungjawap masih berada pada yang paling dewasa dan dalam hal ni makcik tu. Mungkin pemahamannya tentang tanggungjawap dan kesannya agak kurang sikit.
    Entri terbaru ReM >> Dah bayar ke Cukai Taksiran Anda?My Profile

  6. says

    Kalau masalah rokoknya itu urusan masing2, cuma soal sopan santunnya itu, makanya saya setuju pendapat bro ariff “lebih kepada imej yang dibawakan oleh ketiga-tiga wanita ini”
    Entri terbaru Dadan >> Mudik HakikiMy Profile