#15 Apa Yang Saya Makan Di Jepun

Maaf. Dalam entri ni banyak gambar makanan. Please note entri ni bukan maksudnya makanan ni semua ditanggung halal. Apa yang saya makan berdasarkan rule vegetarian, bukan daging yang tak disembelih atau yang terang-terang tak halal. Entri ini bukan untuk dijadikan panduan, tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

Dan ya, kat Jepun memang susah cari makanan halal. Itu cabaran nak melancong ke negara orang. Walaupun begitu, ini tak menghalang kita mencari yang halal, atau sekurang-kurangnya apa yang kita makan tu bukan terang-terang haram. Ada faham?

Untuk mereka yang belum pernah ke luar negara tapi nak/akan pergi, ingatlah agama ni mudah. Kalau takut nak tengok dunia sebab takut tak dapat cari makanan halal, tak taulah saya nak cakap apa.

Maaf kalau anda tak boleh terima cara saya.

IMG_4328.JPG

Onigiri. Eat lots of this. Yang ni paling simple, nasi, seaweed dan ikutlah apa lauk yang anda nak, udang+mayonis, salmon, tuna, ikan makarel, telur dan sebagainya. Murah je. Ini makanan ruji kami bila kami tak makan di restoren.

Onigiri boleh didapati di semua kedai runcit macam 7-11, Lawson dan CircleK. Kedai-kedai macam ni bersepah kat mana-mana bandar di Jepun, ada yang dibuka 24 jam. Kat setiap stesen keretapi pun ada kiosk yang menjual makanan ringan ni. So no problem.

Don’t worry. Onigiri ni 99% sedap kecuali kalau anda terselah pilih. Wife cakap ada yang tak sedap.

IMG_4317.JPG

 

Soba, udang tempura dan sayur goreng tepung tempura. Yang ni makan kat Takayama. Entah macam mana terjumpa restoren ni. Mahal le jugak walaupun pada asalnya nak cari kedai murah-murah je. Apparently kedai ni serve soba yang terkenal di daerah ini.

Kat Jepun setiap daerah ada makanan specialty mereka. Macam bahagian Takayama, popular dengan daging hida (hida beef) Takayama. Daging hida ni adalah daripada lembu berbulu hitam yang dibesarkan di Gifu, merupakan daging yang mempunyai gred paling tinggi di Jepun. Malangnya, memang takde kedai yang jual hida beef yang halal. Memang nak sangat try.

IMG_4319.JPG

 

Hoto Noodles. Mee hoto ni boleh didapati di kawasan Yamanashi. Fuji tu dalam kawasan Yamanashi la kan. Takkan tak tau pulak. Mi hoto ni dikatakan menjadi makanan samurai sebelum pergi berperang dulu. Saya pun pada asalnya tak faham kenapa samurai gilakan mee ni sebelum nak berperang, tapi bila try sendiri kat restoren, haaa… baru tau.

Bayangkan masa tengah sejuk-sejuk 10 darjah Celcius dan dapat layan mee ni yang disajikan dalam hot pot periuk kecil. Bila buka je penutup tu, berasap-asap lagi dengan aroma wangi sup miso. Sampai sekarang tak boleh lup. Mee ni memang power.

Mee hoto ni adalah udon yang dibuat lebih tebal daripada biasa. Yang nampak macam kuey tiow tu udon la.. haiya.. Sup miso tu dimasak sekali dengan cendawan comel-comel tu, sayur-sayuran dan labu. Labu tu yang buat sup ni rasa lain daripada yang lain. Susah nak cerita, yang dah try je tau.

IMG_4320.JPG

 

Walaupun kami lapar, satu periuk ni cukup untuk dua orang. Serius.

IMG_4318.JPG

Mee hoto ni boleh didapati di kedai Hoto Fudo, sekitar gunung Fuji dan di kawasan Yamanashi. Restoren ni bersepah kat kawasan Fuji tu dan orang memang beratur sampai luar restoren time lunch hour.

IMG_4321.JPG

Mi soba lagi, nasi dan tempura. Ni masa kat Kyoto. Tapi taklah semahal macam kat Takayama. Total bil around 2000 yen. Untuk pengetahuan, kalau makan kat restoren kat Jepun ni at least 1000 yen seorang ya. Yang ni bukan mewah, tapi normal dan selesa.

Restoren kat sini memang kebanyakannya restoren yang betul-betul restoren. Bukan macam kedai makan tepi jalan. Bawah lagi daripada tu adalah makan makanan yang ada kat kedai runcit dan kedai 24 jam.

IMG_4322.JPG

Next, SUSHI! Sushi kat sini memang power, lebih power daripada sushi kat kedai Jepun tingkat atas kat Pavilion tu. Gitu.

IMG_4323.JPG

Tengoklah sehiris unagi yang besar di atas ketulan nasi ni. hoi… 2-3 round jugaklah saya ambil unagi ni. Kedai ni jual satu plate 130 Yen + 8% tax. Flat rate. Air green tea percuma. 130 yen + tax ni tak sampai RM5 sepiring.

IMG_4324.JPG

 

Salmon belly. Berlemak sikit. Lemak ni yang buat sedap.

IMG_4325.JPG

Fatty salmon. Ni pun berlemak tapi dia smoked sikit kasi ada uumph. haiyoo… mana nak cari macam ni kat Malaysia…

IMG_4326.JPG

Ni dessert dia, sweet potato.

IMG_4327.JPG

 

19 piring kesemuanya. Tak sampai RM100. Cheap buat high quality food.

IMG_4042.JPG

Ni kari ayam masala. Halal ke? Halal la. Gila apa nak makan ayam tak sembelih kat sini. Makan sushi lagi bagus kalau camtu.

Ni masa makan kat Raju, Kyoto. Kyoto ni bandar student, jadi adalah beberapa restoren halal sekitar Kyoto untuk memenuhi permintaan makanan halal daripada pelajar di sini.

Kari masala ni 1000 yen ye. Mahal. Pandai si Raju ni buka kedai kat sini lepas tu letak harga mahal untuk semangkuk kecil kari ayam masala. Nasib baik sedap.

IMG_4038.JPG

“Eh ada roti naan la… “

“Ni mesti roti naan kecik. Takpe. Order dua terus. Baru 500 yen”

Bila dah sampai. Ambik ko. Dapat roti naan gitar terus. Kari ayam masala semangkuk tadi tak cukup, top up kari daging semangkuk.

Jadi itulah sedikit sebanyak makanan saya kat Jepun. Boleh tengok link kat sini untuk senarai restoren halal Kyoto dan restoren halal di Kansai Airport. Yang tu memang ada sijil halalnya ya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

20 Comments