#14 Shangri-La Hotel Tokyo

Sempena bulan madu saya ke Jepun, saya mendapat jemputan eksklusif daripada Shangri-La Hotel, Tokyo untuk melawat hotelnya dan makan malam di restoren Nadaman, Shangri-La Tokyo. Jemputan ini pada asalnya adalah untuk review bilik dan hotel tetapi disebabkan ketika saya hadir 100% bilik di hotel tersebut telah ditempah, nak tengok bilik pun tak dapat dah. Kalau ikutkan nak je melihat sendiri Presidential suite hotel tersebut.

Hotel ini terletak di tingkat 28 Marunochi Trust Tower Main, stesen JR Tokyo. Keluar stesen je nampak dah papan tanda hotel ni. Bila nak masuk, jangan terkejut anda akan dibawa terus ke tingkat 28 sebab lobi hotel ni kat tingkat 28. Memang lain daripada yang lain sebab kebiasaannya di Malaysia, lobi hotel semua terletak di tingkat bawah. Kalau naik atas tu confirm pelawat yang tinggal di hotel.

Ini adalah kerana di Tokyo, bangunan tinggi ni ada beberapa fungsi. Tingkat bawah biasanya dijadikan shopping mall. Kemudian atas sikit dijadikan ruang pejabat. Lepas ruang pejabat barulah hotel 5 bintang. Memang best la sebab boleh dapat pemandangan seluruh Tokyo.

Hotel Shangri-La ni mempunyai 200 buah bilik termasuk suite dengan keluasan bermula daripada 50 meter persegi. Keluasan bilik macam ni dianggap besar bagi bandar seperti Tokyo dan kalau dibandingkan dengan hotel lain di Tokyo, bilik suite mereka adalah sama besar dengan bilik standard di Shangri-La. Boleh dikatakan Shangri-La ni lebih mewah berbanding hotel 5 star lain di sekitarnya.

81p001lLobby mereka di tingkat 28. Depan lobby ada all-day lounge 

IMG_0569

Lower ground floor untuk mereka yang naik kereta/teksi.

IMG_0573

Chandlier titisan hujan ni 3 tingkat panjangnya, dari tingkat 27-29. 4820 jam (200 hari) dihabiskan untuk menyiapkan chandelier seberat 2000 kg ni. Ia diperbuat daripada besi stainless steel, 486500 biji bebola kristal, 1070 biji hand-blown kristal dan optik fiber.

IMG_0581

Lobby lounge. Setiap restoren kat sini ada chandelier yang mewah. Chandelier ni ditempah khas dan setiap keping kristal berbentuk dedaun gingko tu hand made. Jangan terkejut kalau saya cakap dalam lif pun ada chandelier (tapi kami tak sempat tangkap gambarnya).

IMG_0586

View dari meja makan restoren Itali. Katanya seminggu sekali akan ada soprano datang dan menyanyikan lagu. Persembahan ini adalah complimentary untuk pengunjung restoren di sini.

IMG_0589

81f006l

Setting moden dan mewah restoren Itali, Shangri-La, Tokyo

81f002l

IMG_0599

Dan ini pula di restoren Jepun, Nadaman Shangri-La Tokyo. Art installation bertemakan dedaun pada musim luruh. Memang detail art installation ni dan setiap dedaun tu dipasang satu persatu.

IMG_0598

Susun atur restoren Nadaman ni lebih bersifat minimalis, selari dengan stail Jepun.

IMG_0600

Di Shangri-La Tokyo ni ada seorang chef yang diimport dari Shangri-La Malaysia dan ditugaskan untuk menyelia perkara yang melibatkan makanan halal. Status halal tak jadi isu kat sini dan mereka sedia maklum tentang permintaan ini terutamanya untuk tetamu hotel yang beragama Islam. Saya tak sempat tanya samada chef tersebut beragama Islam tapi apa yang pasti, tiada masalah bagi mereka untuk menyediakan makanan halal.

Sejak Jepun melonggarkan syarat visa pengunjung, mereka pada masa yang sama berusaha untuk melonjakkan industri pelancongan di negara ini. Antara langkah yang diambil adalah menjadikan Jepun sebagai destinasi yang mesra kepada pelancong yang beragama Islam dan ini boleh dilihat di lapangan terbang utama negara ini yang lengkap dengan kemudahan surau dan beberapa restoren halal di lapangan terbang. Hotel lima bintang seperti Shangri-La Tokyo turut mengambil pendekatan yang sama dengan memastikan mereka mampu menyediakan makanan halal kepada pengunjung yang beragama Islam.

IMG_0602

Dan ini 7-course meal saya. First time merasa fine dining. Kepada yang tak tau, fine dining ni konsep dia makan dan rasa sikit-sikit, tapi kualiti makanan yang disajikan tu adalah yang paling tinggi. Maksudnya, setiap hidangan adalah seni tangan chef dengan menggunakan bahan mentah yang paling tinggi kualitinya.

Kalau dengar sampai 7-8 hidangan memang rasa besar, siap tanya, boleh ke habis? Tapi bila dah sampai last course, walaupun kenyang tapi takdelah sampai muak macam makan buffet. Saya lebih suka fine dining sebab masa inilah boleh enjoy food betul-betul, kalau buffet ni kita makan tak ingat dunia semata-mata nak pastikan apa yang dibayar tu berbaloi.

IMG_0607

IMG_0609

Sashimi. Sotong, udang, tuna dan ikan apa lagi satu. Fresh, raw. Tapi memang best. Yang putih tu bukan nasi, tapi ais.

IMG_0611

IMG_0612

IMG_0615

Fresh scallop.

IMG_0616

Nasi goreng vegetarian Japanese style, sayur yang dijerukkan dan sup miso

IMG_0619

Dessert Macha no Anmitsu. Aiskrim vanila, kacang merah, agar-agar green tea dan pemanis.

Satu pengalaman yang luar biasa dapat jemputan untuk melawat hotel bertaraf lima bintang macam ni. Rugi tak dapat stay, maybe on my next trip ke Jepun. Apa yang pasti, ini bukan kali pertama dan terakhir saya ke Jepun.

Terima kasih kepada Puan Mayumi Fujitani, Direktor Komunikasi Korporat Shangri-La Tokyo kerana menemani kami sepanjang makan malam di Nadaman. It was nice meeting you. Tak lupa juga kepada stafnya yang menjadi tour guide kami sepanjang melawat hotel ini.

Untuk tempahan, sila layari www.shangri-la.com dan check out tawaran terkini mereka di www.shangri-la.com/offers

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments