#12 Back to Reality

Dalam perjalanan ke Kansai Airport. Flight petang nanti dan akan sampai ke KL jam 10.30 malam.

Tamat sudah honeymoon saya untuk kali ini. Walaupun begitu, siri Jalan-jalan Jepun ni akan diteruskan untuk beberapa entri lagi. Banyak yang belum sempat dikongsi dan didokumentasikan dalam blog ni.

Honeymoon memang penting untuk mereka yang baru berkahwin, terutamanya pasangan yang baru berkenalan. Banyak yang kita bakal pelajari tentang pasangan kita masa honeymoon.

Dari segi financial, saya nasihatkan tak perlulah rush nak pergi honeymoon selepas kahwin kalau belum ada bajet. Ramai yang buat personal loan untuk kahwin + honeymoon dan saya rasa ni kesilapan kewangan yang paling besar bila nak mulakan hidup baru.

Honeymoon memang makan duit. Ambil masa dan plan betul-betul. Takdenya pasangan anda nak larikan diri kalau tak bawa pergi honeymoon right after kahwin.

IMG_4177.JPG

IMG_4178.JPG

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments