#11 Shinkansen

IMG_3744.JPG
Sekarang ni saya dalam perjalanan ke Kyoto dengan menaiki shinkansen. Kalau nak pusing antara bandar utama sekitar Jepun, shinkansen adalah pilihan yang lebih murah berbanding kapal terbang.

Shinkansen ni ada banyak jenis. Terbaru adalah shinkansen yang menggunakan teknologi magnetic levitation (maglev) yang mampu mencapai kelajuan 500km/jam. Shinkansen jenis ini masih lagi dalam fasa percubaan dan dijangka dibuka untuk orang ramai penghujun tahun ini.

Untuk pengguna Japan Rail pass (JRP) yang biasa tak dapatlah shinkansen yang super laju ni.

Kemudahan yang ada dalam shinkansen ni memang lengkap. Kalau bernasib baik, dapat shinkansen yang ada power plug di setiap tempat duduk.

Tandas memang ada di hampir setiap gerabak. Memang bersih.

IMG_2845.JPG

Seat boleh ditempah terlebih dahulu sebelum menaiki shinkansen di pejabat Japan Rail. Untuk tiket entry level JRP, boleh tempah seat tanpa caj tambahan waktu low season macam ni.

Elok tempah seat sebab kadang-kadang low season pun tren boleh penuh. Kabin khas disediakan untuk mereka yang menempah seat dan kadang-kadang kabin ni kosong, jadi boleh ambil seat kosong di sebelah kita.

IMG_3755.JPG

Dalam shinkansen ada ‘pramugari’ yang buat jualan makanan. Kopi, teh dan minuman lain ada dijual. Snek dan makanan ringan pun kadang-kadang ada. Pramugari ni akan round setiap kali shinkansen berhenti di stesen.

IMG_3751.JPG

IMG_3758.JPG

Satu yang unik pasal krew dalam tren ini ialah setiap kali mereka keluar atau masuk ke dalam tren, mereka akan beri tunduk hormat Japanese style, tak kiralah ada orang pandang ke tak.

Walaupun Jepun ni maju, budaya simple macam ni tetap diamalkan sehingga ke hari ini.

IMG_3752.JPG

IMG_3750.JPG
Pasukan cleaner sedang menunggu orang keluar untuk membersihkan gerabak. TAKDE BANGLA/INDO yang jadi cleaner/jaga kat sini sebab gaji mereka cukup tinggi untuk bagi rakyat mereka cukup makan walaupun hidup di bandar besar macam Tokyo.

IMG_3759.JPG

Kalau bangla/indo yang jadi cleaner, memang takdelah kita nampak perkara macam ni. Hilang identiti.

Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto ni makan masa 3 jam. Kalau rajin saya update lagi. Haha..

IMG_3749.JPG

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments