10 Perkara Mudah Tentang Kenderaan Yang Anda Boleh Semak Sendiri di Rumah

Baru menghadiri kursus Car Maintenance 101 tempoh hari dan di sini saya ingin berkongsi tentang 10 perkara mudah yang anda boleh semak sendiri pada kenderaan anda tanpa perlu hantar ke bengkel.

Minyak Hitam

ariff shah toc-1

1. Semua orang tahu semak paras minyak hitam, tapi betul ke cara yang anda tahu? Pertama sekali nak semak paras minyak hitam, enjin mesti dalam keadaan dimatikan.

Keluarkan dip stick, lap bersih, masukkan semula dan keluarkan balik, barulah anda dapat lihat paras minyak hitam yang sebenar. Paras minyak mestilah di berada di tengah-tengah sukatan yang ada pada dip stick. Kalau kurang, boleh tambah minyak hitam.

2. Minyak hitam ada tiga jenis, mineral, semi sintetik dan fully sintetik. Penting untuk anda tahu minyak jenis apa yang digunakan sebelum tukar baru. Ini kerana, jangka hayat enjin boleh berkurangan sekiranya setiap kali servis anda menukar jenis minyak hitam yang digunakan.

Minyak hitam jenis mineral perlu ditukar setiap 5,000 km, semi & fully sintetik antara 7,000 – 15,0000 km. Fully sintetik paling mahal dan untuk kenderaan harian, sebenarnya mineral atau semi sintetik dah cukup.

Walau bagaimanapun, ini berubah sekiranya dalam manual kenderaan anda dah tulis minyak hitam jenis apa yang diperlukan. Follow je yang tu.

Air Filter

3. Selain minyak hitam, air filter adalah komponen penting untuk enjin kerana ia menapis udara yang masuk ke dalam enjin. Udara yang kotor boleh merosakkan enjin. Tukar air filter setiap 20,000 km.

Bagi yang ada bajet lebih, boleh tukar kepada air filter yang boleh dibersihkan sendiri. Tak perlu tukar lagi, boleh dibersihkan sendiri bila-bila rajin.

Tayar

4. Orang perempuan tak suka dan tak nak ambil tahu pasal tayar kereta tapi benda ni perlu tahu kerana ia melibatkan keselamatan anda dan penumpang.

Sebulan sekali, pam tayar kereta anda. Pergi ke stesen minyak, setkan tekanan udara yang diperlukan. Bagi kereta biasa, tekanan yang diperlukan adalah antara 31 – 33 psi. Kalau selalu drive sorang, 31 cukup.

Kalau pam guna kPa, maka kita darab 7 untuk dapatkan nilai kPa nya. 31 x 7 jadi 213 kPA. 210 lah lebih kurang..

Tayar yang kurang tekanan boleh menyebabkan anda hilang kawalan ketika kereta dipandu laju. Ia juga boleh menyebabkan bunga tayar haus lebih cepat seterusnya perlu ditukar lebih cepat.

ariff shah toc 2

5. Macam mana nak tau tayar dah habis bunga dan perlu ditukar? Ada petunjuk kat tayar (rujuk gambar). Petunjuk ni mesti tenggelam berbanding bunga pada tayar. Kalau bunga selaras dengan petunjuk, maka tukarlah tayar.

tread_marker

Bateri

6. Kalau bateri mati, kereta tak boleh start. Kalau anda gunakan bateri yang perlu diisikan air, pastikan airnya cukup pada paras yang ditetapkan. Kalau kurang kena tambah.

7. Kalau Nampak serbuk/mendapan putih pada terminal bateri kereta (biasanya disebabkan air bateri tak cukup), anda boleh bersihkan mendapan putih ni dengan air panas mendidih.

Bila dah bersih, lap dan sapukan gris pada terminal bateri untuk melindunginya daripada berkarat.

8. Bagi bateri yang tak perlu diisikan air, ada indicator yang menunjukkan status jangkahayat bateri. Bila sampai masanya, indokator akan menunjukkan yang anda perlu menukar atau cas semula bateri tersebut.

Kena rajin tengok jelah. Jangan sampai bateri kong baru nak tukar atau hantar bateri untuk dicas.

Alternator

9. Alternator ni adalah alat yang memastikan mengecas bateri kereta dan membekalkan tenaga ke seluruh kereta ketika enjin dihidupkan.

Nak check kesihatan alternator ni senang je. Start enjin, pasang lampu high beam. Kalau kadang-kadang lampu malap sekejap, berkemungkinan ada masalah dengan alternator.

10. Satu lagi cara nak tau alternator anda sihat atau tidak adalah dengan mencabut terminal negative bateri anda ketika enjin kereta sedang hidup. Kalau enjin mati selepas terminal tadi dicabut, maka alternator anda bermasalah. Call service center untuk guide langkah seterusnya.

Sepuluh perkara ni dan macam-macam lagi tips, kaedah dan cara penjagaan kereta dipelajari di TOC Automotive College dalam kursus Car Maintenance 101.

ariff shah toc 3

Kursus ini mengajar anda tentang perkara asas tentang penjagaan kereta, tips keselamatan dan pelbagai lagi hal berkaitan kereta yang semua pemandu perlu tahu.

Paling best, lepas menghadiri kursus ni saya lebih berani nak hantar kereta ke bengkel sebab dah tau sedikit sebanyak tentang penyelenggaraan kereta. Tak mudah kena tipu pada perkara yang tak perlu lagi.

Khusus kepada golongan wanita, saya sangat recommend anda sertai kursus ni. Kalau ada apa-apa berlaku kat tengah jalan waktu anda seorang diri, at least tau nak buat apa.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments