10 Ciri Lelaki Bajet Malaya

Terjumpa note ni kat Facebook. Jadi aku tambah sikit pandangan aku kat sini. Ini adalah entri ntahapehape, jadi tak payah ambil serius sangat.

1. Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak cool & sempoi padahal kau nampak bodoh.

Selalu jumpa yang macam ni, bila dengan geng atau orang ramai kemain hebat. Tapi bila suruh buat something sorang-sorang, pergi mana-mana sorang-sorang kecut macam tak boleh hidup tanpa geng sendiri. Lemah dan lemau. Lelaki kena independant, kalau tak ko dah kahwin nanti tak boleh hidup kalau takde kawan. Sikit-sikit nak keluar rumah lepak dengan kawan je.

2. Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, “macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^ ” macam shit doh konon menepati citerasa gadis itu.

Satu je aku nak cakap, JANGAN guna bahasa rempit!

3. Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau.. kalau jalan tepi benda bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh.

Oh. Sedikit terasa di sini. Dulu aku rambut panjang, jadi kadang-kadang tu kenalah selalu pergi toilet betulkan rambut, tapi takdelah sampai ke tahap jumpa benda bercermin pun nak betulkan rambut. Tu dah macam perempuan suka cari cermin betulkan tudung. ish.. Penyelesaian paling mudah adalah rambut pendek, kemas dan kacak.

4. Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar pergi tengok wayang pun pakai short.. kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? Bulu kaki kau rebonding eh? Aku tengok sendiri pun jijik.

Tak pernah pergi tengok wayang pakai short. Sejuk dowh.. tapi pernah sekali main bowling pakai short. Adeh. Adik aku punya pasal lah ni kemain punya paksa siap amik lane terus, terpaksa main bowling ngan short hawaii.. Masa tu kat Kuantan.

5. Tak payah budget nak sempoi & cool sangatlah bila kau pakai beg, accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak.

hahah.. Nasib baik aku tak hitam. Kalau nak pakai pink, pastikan ianya berbaloi. Contohnya, awek/bini suruh. Kalau keluar dengan bro yang lain, jangan pakai pink kalau tak nak kena bahan.

6. Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair & Lovely.. lelaki lagi awesome bile ada jerawat.

Serius, aku ada kawan macam ni. Bajet muka babyface sangat, suci daripada parut jerawat. Muka babyface ni orang tak takut, kalau ada parut jerawat tu baru ada nampak maskulin sikit. Kalau model tak kisah lah nak simpan muka babyface, memang kena pada tempat tapi muka babyface ni memang bila umur ko meningkat nanti orang tak gentar sangat bila tengok muka ko.

7. Usung DSLR kau ke hulu ke hilir konon kau ni foto-tangkap. Bila tengok cara amik gamba pun cam suck.. pegang DSLR pun tak style.

hohoh.. pedas.. pedas.. DSLR ni kalau bukan guna untuk cari duit beli yang murah second hand je. Tak payah membazir beli mahal-mahal. At the end, buat kumpul habuk je..

8. Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau.

hahaha.. fenomena mamat kerek ada awek cantik ni memang berlaku lebih-lebih lagi kalau kereta yang dipandu adalah Honda City, Mini Cooper atau yang seangkatan dengannya. Sentimen dia mudah je, dia successful, duit banyak maka awek gebu pun lekat. Tapi kalau berlagak dengan kereta mak ayah bagi baik tak payah bro. Hidup ni kena humble je, sehebat mana pun kita, ada orang yang lebih hebat.

9. Sopan dengan girls hot tapi kurang ajar dengan yang lain. Tak kiralah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun.. macam haram.

Ini memang diskriminasi. Mana boleh macam tu der.. Takde class sungguh.

10. Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau.

Perempuan tak suka kalau lelaki ni menunjuk-nunjuk harta tak tentu pasal. Period.

Sumber:  Leklu Media

Bacaan lain:

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

68 Comments