Skip to content


Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik!

ni aku nak kongsi sikit tips untuk menarik lebih ramai pengunjung supaya membaca penulisan kita. Ingat, buat blog ni bukan sebab nak kejar impression supaya dapat earning banyak. Sepatutnya, tujuan asal berblogging adalah menulis dan berkongsi apa yang terpendam dalam kepala hotak ni. Kalau tulis blog setakat nak buat duit, susah blog nak maju. Percayalah.

Tajuk Entri yang Best

Tajuk mesti bagus dan menarik perhatian orang. Kebiasaan yang aku nampak kat GengBlogger, asalkan ada tajuk pasal duit nuffnang, tingkatkan trafik atau tajuk-tajuk yang berunsurkan lucah sikit je boleh kata entri itu dijamin jadi popular. Jadi kat sini kita tahu apa kehendak orang, semua nak duit dan kebanyakan blogger nakal-nakal belaka. Haha.. aku mengaku aku pun nakal kadang-kadang. Bukan nak cakap aku ni sempurna daripada segala dosa-dosa macam ni.

Tajuk yang nakalAkhir zaman punya berblogging (awal zaman dulu mana ada orang blogging da..) macam nilah.
Cerita pasal seks, duit dan harta menjadi kegemaran semua ish.. ish.. ish..

Point kat sini, kita kena faham apa yang orang suka baca. Bergantung kepada target pembaca, tajuk yang serius mungkin tidak akan dipandang oleh golongan muda. Samalah juga tajuk-tajuk yang berkaitan dengan wordpress tidak akan diambil endah oleh golongan bloggger di Blogspot (majoriti blogger Malaysia menggunakan Blogspot)

Gambar

Letak gambar pada tempat yang sesuai. Kalau entri panjang berjela-jela, eloklah sangat letak gambar supaya orang boleh amik timeout sekejap semasa membaca. Cuba jadi kreatif, letak gambar dan kaitkan dengan apa yang kita tulis. Nak buat lawak pun boleh. Dengan itu orang tak bosan baca pos panjang-panjang.

Gambar beruk yang nakalSenyuman itu sedekah..

Soundtrack

Soundtrack ni aku tengok Zack Zukhairi selalu guna. Rasanya ramai yang dah kenal Zack. Dia memang kreatif dan sentiasa ada idea untuk menulis. Bakat semula jadi tu, tak ramai yang boleh jadi kreatif macam tu.

Soundtrack ni boleh menghidupkan mood dan suasana ketika membaca.

Kesimpulan dan Pengajaran

Apa yang penting dalam sesuatu penulisan adalah pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Kalau mesej tak jelas dan pembaca tak faham dengan apa yang kita cuba sampaikan, memang diorang akan terasa hampeh, seolah-olah masa mereka telah dibazirkan begitu sahaja.

Cuba biasakan diri untuk menceritakan sesuatu point by point. Kalau ko nak cerita semua benda dalam satu perenggan memang bercelaru la otak. Betul? Ni semua basic dalam penulisan karangan semasa SPM dan PMR. Rasanya semua dah tau.

Tulis biar simple dan bersahaja

Ok yang ni susah sikit aku nak ikut. Aku sendiri kadang-kadang terserius semasa menulis, mungkin sebab aku ni memang orang yang serius.

Dunia berblogging ni, sekurang-kurangnya dunia blogging yang aku dan kau berada sekarang ni memang demand benda yang simple je. Orang tak baca benda serius-serius. Itu sebab blog Zack Zukhairi yang tak serius tu ramai orang suka. Baca blog dia dan belajar. Lagi satu boleh tengok blog brader Melz gak. Ni pun sempoi je. Masa awal-awal start dulu aku banyak cedok ilmu daripada blog dia. Thanks bro!

Jadi itu je setakat ni. Yang penting korang enjoy berblogging dan jangan cilok orang lain punya entri sudah.

Ariff Shah: Part 2 jalan-jalan Beijing akan menyusul. Sabar.. Boleh baca Jalan Jalan Beijing (Part 1) kepada yang belum baca lagi.

Posted in Tips Berblogging.

Tagged with , , , , .


Jalan Jalan Beijing (Part 1)

Beijing bukanlah Kota Paling Besar di China, Beijing tidaklah mempunyai penduduk paling ramai di China.. Semua itu kepunyaan Shanghai, Bandar Terbesar Beijing yang terletak di Selatan Beijing..

Tapi kenapa aku memilih Kota Beijing untuk pergi bercuti pada musim sejuk ini? Sedangkan ramai kawan-kawanku mengambil keputusan untuk bercuti di Eropah..

Anda semua pasti tahu bahawa musim sejuk di Moscow adalah amat dingin lebih kurang -30 darjah Celcius paling rendah.. Jadi memang kebiasaannya orang Moscow sendiri akan pergi bercuti ke luar negara…

Bandar Metropolitan Beijing sendiri dibina seawal tahun 900 Masihi (antara bandar tertua di China). Malahan China sendiri antara negara terbanyak termasuk dalam UNESCO World Heritage Site. Sebanyak 38 tempat/bangunan/statue(tugu) di istiharkan sebagai khazanah negara (perbandingan Malaysia hanya ade 3 tempat)

Alasan utama aku ke sana adalah kerana barang-barangnya yang murah semasa musim winter, tambahan juga suhu yang amatlah sesuai 0 darjah Celcius untuk aku lari dari kesejukan musim sejuk di Moscow.

Jalan jalan BeijingDi atas bumi China

Kotaraya BeijingKotaraya Beijing di waktu malam

Banyak sebenarnya untuk diceritakan, pengalaman yang amat manis buatku.. Untung buat perancangan awal, dapat tiket murah, pemandu pelancong pun cute, muda lagi tuh! Memang berbaloi..

P/s: Kite nantikan macamana nak berkomunikasi dengan orang Beijing, sebab tak tahu nak cakap mandarin, kalau dok Russia tahu cakap bahasa Russia kan? Sekarang macamana nak buat? Tunggu part 2 =)

Ariff Shah: Jalan-jalan Beijing adalah hasil nukilan Syahmi Afnan, pelajar tahun 2 Moscow Aviation Institute. Katanya banyak gambar lagi nak share, tunggu jelah =) Boleh follow @SyahmiAfnan889 di Twitter, Tumblr dan Facebook

Posted in Beijing, Guest Post.

Tagged with , , , , .


Sayang U Pakai Panties Tak?

haha! ntahapehape~

[Baca laporan berita pasal kempen jangan pakai seluar dalam]

Rosak gadis Melayu sekarang ni. Semua sebab nak ikut cara orang barat. Tapi siapalah aku nak mempersoalkan benda ni kan? Aku ni sembahyang pun selalu tak cukup..

Cuma itulah. Benda ni sepatutnya personal la kan. Yang kau nak buat kempen kecoh-kecoh satu kampus apa pasal? Cukup la kalau ko nak beromen dengan boyfriend ko, itu hak kau. Apa-apa jadi tu masalah engkau dan keluarga engkau tapi jangan la nak bagi satu dunia tau. Betul tak? Karang kalau ramai-ramai tau ko tak pakai seluar dalam silap-silap timbul masalah kena skodeng la, kena rogol la padahal at the first place korang jugak yang announce keterbukaan macam ni.

Apa-apa pun itu komen aku pasal NO-panties campaign nih.

Bercakap pasal Valentine’s day.. Kalau korang nak tahu, sepanjang hidup aku bercouple dan berdating selama enam tahun, tak pernah pun aku celebrate benda-benda Valentine ni. Bukan nak cakap tak romantik ke hape, cuma aku tak suka ikut apa orang buat. Lagipun asalnya benda Valentine’s Day ni ada kaitan kot pasal Christianity (dengar ceritanya macam tu la), so buat apa aku nak ikut benda orang Kristian buat? Aku bukan beragama Kristian. Ramai orang kita suka ikut sesuatu membabi buta je, samalah kes macam geng-geng skinhead ni.

Walaupun aku tak sambut hari yang konon-kononnya Hari Kekasih tu, aku masih ada hari istimewa masa kapel kapel dulu. Haha.. at least I had. Aku celebrate anniversary tiap-tiap bulan instead of setahun sekali, sambut tu maksud aku takdelah sampai nak beli hadia bagai. Kurang-kurang ingatlah pasal hari tu. Jadi tiap-tiap bulan adalah sesuatu yang boleh diraikan bersama. Kalau tengah gaduh-gaduh tu, boleh lupa gaduh kejap. hehe.. Kepada couple-couple yang tengah panas dan hangat bercinta kat luar tu, ni satu benda best yang boleh korang try.

Tapi tu cerita dululah. Sekarang.. sekarang aku tak tau sangat apa aku nak sebenarnya..

Ok. Stop sini. Malas nak masuk bab personal ni secara mendalam. Cukup dan cukup.

Ariff Shah: Esok kelas dah start balik. Oh tidak~ Rasa macam nak … je..

Posted in Bla Bla Bla, Nasional.

Tagged with , , , .




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect. Tested by Wordpress Themes